Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yakin isu yang pernah dimainkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak, Khairul Azwan Dato’ Harun yang menyamakan Negara Singapura sebagai Yahudi Zionis Israel di Asia tidak menjejaskan hubungan sediada antara Perak dan Singapura berikutan rombongan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang masih membina jambatan hubungan dengan negara tersebut ketika ini.
Menurut Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Salman Haji Saleh sepertimana masa dahulu, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin turut memastikan sokongan pelabur asing terutamanya dari negara Singapura terus mendapat tempat di Perak.
Khairul yang pernah mengeluarkan kenyataan tersebut berkaitan isu pasir yang di import secara haram dari Perak ke Singapura secara sinis telah melebelkan Singapura ketika itu.
“Adakah beliau lupa Kerajaan Negeri Perak banyak menjalinkan kerjasama dagangan dan pelbagai pelaburan asing yang datang daripada Singapura.
“Kami berharap kenyataan seumpama itu tidak lagi keluar daripada pimpinan parti yang ‘memerintah’ terutamanya mewakili Barisan Nasional (BN). Ini kerana kenyataan seumpama itu boleh menjejaskan hubungan dua hala antara Perak dan Singapura di masa yang akan datang.
“Kami merasakan kenyataan Datuk Seri Zambry yang mengatakan bahawa BN tidak mengamalkan perkauman ada kaitannya dengan kenyataan Khairul sebelum ini. Sepatutnya Khairul turut bersama dengan rombongan Datuk Seri Zambry bagi menzahirkan permohonan maafnya secara rasmi di atas kritikan yang merugikan dan beliau secara moralnya turut meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno / BN Perak sebagai bukti permohonan maafnya itu!” katanya.