Tuntutan gaji minimum oleh pekerja swasta dikatakan bakal mencapai penyelesaian dengan pindaan undang-undang buruh yang akan dibentangkan di Parlimen sesi Mac ini.
Bagaimanapun, Sekretariat Pakatan Rakyat menganggap hal tersebut hanyalah penyelesaian menjelang pilihanraya umum yang tidak mendatangkan manfaat jangka panjang.
Menurut pemimpin PR, gaji minimum perlu disekalikan dengan latihan buruh bagi menjadikan mereka berkskil tinggi untuk mengurangkan industri berasaskan tenaga buruh murah diimport dari negara dunia ketiga.
“Pasaran buruh Malaysia telah sedia dipenuhi dengan tenaga kerja asing berupah rendah dan mengetepikan tenaga kerja tempatan. Kita seharusnya , meningkatkan kualiti tenaga kerja tempatan dan isu tersebut lebih utama
“Polisi gaji minimum RM1,100 walaupun dialu-alukan namun ia tidak menyelesaikan masalah tenaga kerja di negara ini secara menyeruluh,” kata Nurul Izzah, Dr Dzulkifli Ahmad dan Liew Chin Tong secara bersama.
Menurut mereka perniagaan kecil dan sederhana perlu diberi lebih banyak dana sokongan untuk membantu usahawan dan penambahbaikan peralatan.
“Kami percaya perniagaan kecil dan sederhana perlu diperkuatkan dan diberi insentif untuk memperbaiki produktivi mereka,” kata mereka.