Kereta Baru Ketua Menteri di Musim Covid 19.
- Kenyataan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Melaka bahawa permohonan pembelian kenderaan dibuat dikala saya memegang jawatan Ketua Menteri adalah suatu fitnah.
- Dikala saya menjawat jawatan Ketua Menteri, saya mewarisi dari kerajaan terdahulu 4 buah kenderaan yang boleh dimanfaatkan bagi kegunaan Ketua Menteri. Tiada keperluan kenderaan baru.
- Nasihat saya kepada pemuda Umno, jadilah anak muda Melayu Islam yang bertanggungjawab dan jujur dalam menyampaikan maklumat.
- Belilah apa sahaja kenderaan yang mahu dibeli, tapi harus mengambilkira kemampuan semasa kewangan kerajaan disamping keutamaan kepada rakyat.
- Mengikut rekod sidang DUN yang lalu, pendapatan kerajaan negeri dilihat merosot, sehingga September 2020 dianggarkan kerajaan negeri mampu mencapai 55% sahaja pendapatan dari yang dibajetkan.
- Nasihat saya pada semua, utamakan rakyat, kalau boleh berjimat, berjimatlah. Gunakan segala yang ada untuk membantu mereka yang kehilangan pekerjaan, hilang pendapatan, gagal melunaskan hutang disamping bebanan pendidikan pada anak-anak.
- Saya tidaklah berminat membesarkan isu yang kecil, untuk tidak fitnah itu dipanjangkan dan sebagai peringatan kepada anak-anak muda yang baru belajar berbohong.
- Tumpukan membantu rakyat kerana agama itu ada juga pada anak-anak yang menangis kelaparan dan jiran-jiran yang tertanggung hutang yang tidak dapat melunaskan hutang mereka.
(Visited 2,545 times, 1 visits today)