Ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh mengecam Perdana Menteri Najib Razak yang mengumumkan akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen (PAC) bagi menangani kemelut Lynas.
Bidas Fuziah, PAC yang ditubuhkan Najib dihadkan untuk memberi kefahaman kononnya projek tersebut tidak merbahaya, bukannya membuat kajian secara menyeluruh memutuskan masa hadapan projek berkenaan.
“PM telah menyalahgunakan kuasa dan mengatasi pemisahan kuasa. Beliau harus sedar Parlimen bebas dari eksekutif (kerajaan memerintah). Oleh itu, PAC sepatutnya bebas untuk menentukan apakah yang mereka mahu lakukan. PM dan kabinet perlu menghormati keputusan PAC.
“PAC ini juga diguna untuk memperkecil kerisauan penduduk Kuantan mengenai tahap keselamatan Lynas. Usaha penubuhan PC lebih kepada menutup kelemahan pihak-pihak tertentu. Pada satu sisi mereka menunjukkan sikap prihatin tetapi di sisi lain mereka tidak mahu mendengar apa yang merisaukan rakyat,” katanya.
Tambah Fuziah, penduduk Kuantan dan yang berdekatan dengannya telah berulang kali menyatakan TIDAK MAHU kepada projek LAMP di Gebeng dan juga di tempat lain di Malaysia.