- Apabila ditanya tentang masalah air di Kelantan, ia dengan mudah dijawab oleh Menteri Kementerian Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man yang ia akan selesai lagi 40 tahun. Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Menteri PAS. Sebelum ini, sejak berpuluh tahun juga, Kelantan dipimpin oleh PAS dan tidak seperti negeri yang lain, orang Kelantan sudah diajar untuk ‘reda’ dengan situasi ini.
- Timbalan Menteri Besar Kelantan pula adalah seorang yang sangat bijak. Apabila ditanya tentang masalah air di Kelantan, berkata “Takdo lagi orang mati kerana air Kelate. Ambo besar dengan air telaga, air cemar tu hingga boleh jadi exco molek-mole ada.” Menurut beliau, minum air Kelantan adalah rahsia kejayaannya menjadi exco.
- Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff juga mempunyai tahap kebijaksanaan yang amat tinggi. Beliau, dalam kapasiti menteri, melawat anak kepada seorang pensyarah yang dibunuh oleh suami. Beliau bijak mendapatkan foto dia sedang berbual dengan anak mangsa dan dimuatnaik ke akaun twitter beliau, dengan GAMBAR anak mangsa terpampang jelas. Dia sangat bijak kerana tidak perlu memikirkan tentang stigma masyarakat dan apa yang anak ini perlu lalui bila berdepan dengan masyarakat luar atau tentang pandangan orang tentang masalah dalam keluarganya. Anak ini sudah mangsa tetapi dimangsakan kali kedua atas kebijaksanaan seorang bertaraf timbalan menteri.
- Apabila kerajaan Perikatan Nasional tumbang akibat undi ‘percaya’ oleh UMNO, 3 Adun PAS dititah mengadap Tuanku Sultan Nazrin Shah bagi membincangkan kemelut sokongan Menteri Besar, mereka tidak hadir. 3 Adun tersebut adalah Razman Zakaria, Mohd Akmal Kamarudin dan Khalil Yahaya. Mereka teramat ‘bijak’ dan tentunya perbincangan dengan Tuanku Sultan tidak penting. Mulanya mereka menentang semua usaha menjatuhkan MB Perak tetapi apabila UMNO kembali dengan menyokong MB baru, Razman yang juga Pesuruhjaya PAS Perak tanpa sedikitpun malu berpesan ‘jangan lupa jawatan EXCO untuk PAS’. Bagi menutup derhaka mereka kepada titah Tuanku, mereka cuba mengadap Tuanku tetapi Tuanku sudah berkecil hati dengan mereka. Mereka yang bijak ini kemudian membuat permohonan maaf melalui media. Bijak kan? Tentu jawatan exco masih ada harapan dengan maaf mereka.
- Presiden PAS, Haji Hadi Awang juga teramat bijak. Semua program televisyen dalam mana beliau menjadi panel, tahap kebijaksanaan beliau terlalu tinggi hinggakan tidak dapat difahami apa yang beliau jawab bagi setiap soalan yang dikemukakan. Ditanya tentang bumi, diceritakan tentang sarang burung. Ditanya tentang burung, diceritakan tentang laut. Semuanya ke laut dan melalut. Selepas menonton, penonton akan teramat penat kerana tidak ada satupun jawapan yang rasional.
- Pemimpin PAS sangat hebat kebijaksanaannya dari segi gaji. Gaji pokok semua Exco dan ADUN dinaikkan hingga RM5,000 sebulan. Tentulah senang lulus kerana PAS adalah pilihan kerajaan rakyat Kelantan yang percaya dengan kebijaksanaan pimpinan PAS. Tentulah kebijaksanaan pemimpin PAS akan membawa semua rakyat Kelantan ke syurga dengan nilai dan hati budi yang terunggul. Dalam masa yang sama, Timbalan Menteri Alam Sekitar PAS, Tuan Ibrahim pula mencadangkan semua rakyat derma RM10 untuk ‘wakaf air’. Oh, pada keadaan rakyat susah dengan pandemik, di New Zeland, potongan gaji sebanyak 20% dibuat kepada semua pemimpin Kerajaan. PAS sangat bijak, gaji naik dan rakyat dapat dipastikan sentiasa berfikir akan masuk syurga. Mereka juga amat bijak memastikan pengikut PAS ‘tidak berfikir’ dan akan menyokong 100% semua tindakan mereka.
- Terdapat satu ilustrasi tentang cara pimimpinan Lenin, Stalin dan Gorbachev untuk kerajaan Rusia suatu masa dahulu. Apabila keretapi tidak bergerak tindakan mereka berbeza :
a. Lenin : ‘tembak mati jurutera keretapi!’
b. Stalin : ‘Kekuatan rakyat USSR yang padu akan menarik keretapi ini ke destinasi’
c. Gorbachev : ‘Ok. tutup tingkap keretapi. Katakan kepada rakyat, kita sedang bergerak ke destinasi
PAS mengamalkan prinsip bijak ala Gorbachev. Tingkap ‘keretapi’ ditutup dengan kain langsir hijau yang bertulis ayat-ayat Al-Quran dan ‘penumpang’ mereka dijanjikan destinasi syurga. Malangnya ‘keretapi’ ini tidakpun bergerak dan dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS yang dengan mudah mengkafirkan siapa sahaja yang mengkritik mereka, destinasi akhir ‘keretapi’ ini adalah neraka.
(Visited 889 times, 1 visits today)