Belumpun Bersih 3.0 bermula dengan rasminya tetiba berita keahlian Umno yang dimiliki 2 manusia yang berkuasa dalam Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menambahkan nilai betapa perlunya Bersih 3.0 dijayakan oleh pencinta keadilan dan kebenaran.
BN sudah tidak larat menutup semua pembohongan,penipuan dan kecelaruannya sejak Bn hilang majoriti 2/3 di parlimen Malaysia. Juga sejak Najib berjaya menurunkan Abdullah Badawi dari kerusi PM.
Inilah malapetala yang Sammy Vellu sebut “…seorang yang sedang dipenjarakan oleh mader akan kembali menerajui arus perdana menumbangkan Bn…” menurut tilikan Sammy pada 1999.
Najib yang masih trauma dengan kes Altantuya yang tidak selesai dan juga terbaru perbicaraan skandal Scorpene yang melibatkan Abdul Razak Abdullah Baginda dan juga penterjemah antarabangsa Altantuya Shaaaribuuu warga Monggolia telah membuka semula mata rakyat tentang kes yang ada kena mengena dengan menteri pertahanan Malaysia ketika itu yang disandang oleh anak Tun Razak iaitu Najib Razak.
Kejayaan Pakatan Rakyat yang berjaya menjadi alternatif kepada Barisan Nasional mutakhir ini semakin merisaukan Bn dan Umno kerana hari demi hari ada saja penyelewengan dan pembongkaran salahlaku BnUmno terhadapa pengurusan amanah dan wang rakyat.
Maka tibalah masanya sekarang samada ahli politik atau sebagainya sedang menyeberang masuk parti-parti dalam PR untuk bergabung tenaga mempercepatkan menjatuhkan gergasi Bn yang dibanggakan selamakini.
Begitu dengan penggiat seni tanahair yang dirasakan selamakin tidak mampu bersuara menentang ketidakadilan dan kezaliman namun kini mereka terangan memilih PR.