Calon DUN Tenang, Normala Sudirman merakamkan rasa kesalnya tindakan polis bertindak kasar kepada 3 peserta pemuda Himpunan Bersih 3.0 di KLCC pagi semalam.
Beliau berkata, tragedi menangkap 3 pemuda diheret, ditendang dan dikasari polis melambangkan sikap tidak bertamadun dan sanggup menjadi kuda tunggangan UMNO –BN yang memerintah 54 tahun Negara Malaysia.
“Seharusnya polis perlu bertindak secara profesional mengawal suasana Himpunan tanpa mengasari rakyat tetapi menjadi sebaliknya.
“ Seramai lebih 250, 000 rakyat datang pelbagai kaum, dan negeri hadir ke Himpunan Bersih 3.0 hanya duduk dan bantah minta 8 tuntutan perlu dilunaskan sebelum PRU13 tetapi berlakunya provokasi daripada pihak polis,” katanya.
Polis telah melontarkan berpuluh-puluh letupan gas pemedih mata kepada rakyat di beberapa kawasan termasuk Jalan Raja Laut, Masjid Jamek.
Letupan ini berakhir hampir 5.30 petang dan didapati Polis berkumpul di sekitar Dataran Merdeka, LRT memeriksa pakaian orang awam.
“Mereka kata sekiranya ada yang memakai Baju Kuning Himpunan Bersih 3.0, pakaian akan dirampas pihak polis”, kata Normala kepada wartawan.
Normala merangkap Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, menambah lagi, PM, Najib seharusnya menjadi pimpinan beribawa mengatasi isu negara ini dan perlu bertemu rakyat di Dataran Merdeka mendengar rintihan rakyat tetapi malangnya Najib bertindak seperti penakut dengan menghantar polis dan FRU.
“Kita hanya duduk dan bantah secara aman dan polis sepatutnya tidak perlu buat provokasi dengan menghadiahkan letupan gas pemedih mata kepada rakyat”, ujarnya.
Menurut pimpinan Dewan PAS Pusat ini, tindakan menghalang rakyat berhimpun di Dataran Merdeka sepatutnya kerajaan pusat perlu menghormatinya.
“Dataran Merdeka melambang kebebasan merdeka dengan memerdekarkan minda rakyat daripada serangan janjahan UMNO- BN
“Menghalang rakyat duduk dan bantah di Dataran Merdeka adalah sikap tak bertamadun dan tidak berkeperimanusiaan kerajaan UMNO kepada rakyatnya .
“Kalaulah UMNO-BN boleh adakan pelagai progam di Dataran Merdeka, mengapa rakyat berhimpun Datran Merdeka secara aman disekat?”
“Sikap inilah menunjukan sistem demokrasi Malaysia dihalang kerajaan UMNO –BN”, katanya.
Kata beliau lagi, suara rakyat suara keramat, jika inilah dilakukan oleh UMNO-BN yang diketua Najib, maka UMNO perlu bersedia menerima hukuman daripada rakyat dengan menolak parti itu dalam PRU 13 nanti.
“Saya harap rakyat seluruh Malaysia buka mata apabila seramai 250,000 seluruh Negara telah hadir ke Himpunan ini menuntut 8 tuntutan Pilihanraya Bersih.
“Sebenarnya jika 8 tuntutan tidak ditunai kerajaan Pusat dan SPR, rakyat tidak percaya PRU 13 yang akan datang kerana dibimbang politik kotar mewarnai landskap negara,” sambungnya.
Justeru, sebab itulah semua rakyat berhimpun minta kerajaan pusat (UMNO-BN) mendengar suara rakyat kerana suara rakyat suara keramat.
Sementara itu, Mantan Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir pula berkata baru –baru ini PM Najib ada beri ucapan semasa Pertabalan Agong bahawa kita masuk Era Kegemilangan Demokras.
“Sungguh saya tidak faham mengapa mereka kata Negara kita telah masuk Era Kegemilangan Demokrasi tetapi mereka sekat rakyat untuk berhimpun secara aman hanya duduk dan bantah”, katanya.
Katanya, sepatutnya apabila kerajaan pusat telah mengatakan sesuatu maka seharusnya mereka perlu laksanakan. Bukannya mengasari rakyat sehingga memberi gas pemedih mata sehingga mengcederekan rakyat.
“Kita harap PM lunaskan janjinya kepada rakyat, Janganlah hanya pandai bercakap tapi tak serupa bikin”.
“Saya kagum dengan Himpunan Bersih 3.0 kerana rata-ratanya himpunan ini disertai ramai golongan muda, golongang mahasiswa dan golongan warga emas.
Mereka berhimpun sehingga siri ketiga tanpa jemu kerana ingin kerajaan pusat melunaskan 8 tuntutan sebelum PRU13 nanti tetapi malangnya Najib dan SPR tidak peduli hasrat dan suara rakyat.
“Susah sangat ke Najib menunaikan tuntutan rakyat?” tanya Kadir kepada media.