Kemasukan golongan profesional ke dalam Pakatan Rakyat semakin hebat sejak kebelakangan ini.
Selepas kemasukan bekas orang nombor tiga dalam institusi polis ke dalam PAS Datuk Fauzi Shaari minggu lalu, PKR pula menerima kemasukan tokoh akademik yang dihormati oleh rakyat Malaysia.
Kemasukan terbaharu melibatkan bekas Pensyarah Falkuti Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang juga pakar perlembagaan Dr Aziz Bari. Bersamanya turut menyertai PKR ialah Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Khattab, bekas pegawai tertinggi TUDM, Praba Ganesan bekas editor The Malaysian Insider dan Koh King Kee, bekas Pengurus Kanan Jabatan Perniagaan Antarabangsa Nam Fatt Corporation Berhad.
Mengulas kemasukan itu, Presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail berbangga dengan penyertaan mereka yang menurutnya akan menguatkan lagi momentum rakyat menumbangkan kerajaan BN.
“Pernyertaan Dr Aziz sangat membanggakan PKR kerana kepakaran dan karismatik beliau begitu menguntungkan perjuangan PKR dan PR dalam usaha memerdekakan rakyat dari penjajahan BN
“PKR mengalu-alukan penyertaan empat tokoh profesional ini dan membuka seluas-luasnya pintu kepada mana-mana tokoh atau individu yang ingin bersama PKR,” katanya.