Dewan Pemuda PAS Perak menyeru anak muda seluruh perak yang inginkan perubahan agar bersama-sama menyertai Himpunan Xpresi Anak Muda yang akan diadakan pada 16 Jun 2012 bertempat di Dataran Masjid Tinggi, Bagan Serai. Himpunan bersejarah ini menampilkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai tetamu kehormat program ini.
Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak Mohd Akmal Kamarudin, himpunan itu adalah satu isyarat jelas kepada kerajaan Umno bahawa anak muda telah bersatu untuk menolak parti itu dalam Pilihanraya Umum akan datang.
“Melalui himpunan ini juga kita menyatakan anak muda muak dan jelek dengan tingkah laku para pimpinan Umno dan Barisan Nasional.
“Dewan Pemuda PAS Perak menyeru seluruh anak muda hadir dan tampil beramai-ramai bagi menyatakan sokongan dan dokongan anda kepada perjuangan menegakkan keadilan di bumi Malaysia tercinta,” katanya.
Pelbagai pengisian diatur dalam perhimpunan itu termasuk acara konvoi menyambut dan mengiringi Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat ke tempat program. Kepada anak muda yang ingin merasai pengalaman menyambut dan mengiringi Tuan Guru, anda dikehendaki berkumpul di pintu keluar Tol Bukit Merah pada jam 10.30 pagi hari tersebut. Peserta konvoi juga digalakkan memakai baju berwarna HIJAU sebagai simbolik kepada himpunan tersebut. Majlis akn bermula dengan ucapan dari Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 2.30 petang
Seterusnya Himpunan xpresi Anak Muda ini akan dihangatkan lagi dengan motivasi dari tokoh pimpinan muda peringkat pusat dan negeri serta menampilkan beberapa kejutan bagi memeriahkan lagi xpresi ini. Majlis diserikan lagi dengan persembahan istimewa dari artis Pak Long ‘ Selagi Ada Rindu’ pada sebelah petangnya .Majlis akan berakhir pd jam 5.30 petang dengan doa wehdah serta solat asar berjamaah.