Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izah Anwar menyelar tindakan kerajaan persekutuan yang tidak memberi peruntukan kepada ahli parlimen Pakatan Rakyat sebanyak RM 2 juta setahun.
“Walaupun ada peruntukan sebanyak RM 2 juta setahun daripada kerajan pusat untuk di salurkan kepada Ahli Parlimen tetapi ahli parlimen PR tidak dapat dan hanya diberikan kepada UMNO.
“Saya harap perkara ini tidak akan berlaku terus menerus kerana wang tersebut adalah hak rakyat yang sewajarnya diberikan kepada mereka, jadi mengapa bantuan tersebut tidak sampai”, kata Nurul Izzah.
Selain itu, katanya, UMNO juga hendaklah berpolitik secara matang. Negara ada undang-undang dan tidak sepatutnya hanya sebelah pihak diutamakan.
“Kita hairan, jika UMNO mengadakan program, permit begitu mudah dapat, banner tidak di potong, tetapi apabila pembangkang mengadakan program pelbagai sabotaj dilakukan. Ketidakadilan tidak berlaku dan sewajarnya DBKL tidak diperkudakan oleh UMNO-BN. Mereka seharusnya menjalankan tugas dengan jujur tanpa kira siapa yang mentadbir setiap kawasan ”, ujar Nurul Izzah.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan zakat kepada hampir 300 rakyat Kampung Pasir baru-baru ini.
Selain diberikan bantuan wang zakat dan edaran barangan keperluan dapur, beliau turut mengadakan majlis berbuka puasa dengan golongan fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim piatu.
Dalam ucapan tersebut, Nurul Izzah menekan aspek amanah yang perlu dilaksanakan semua pihak berwajib tanpa mengambil satu sen wang Negara mahupun wang rakyat.
Katanya, setiap satu sen sumbangan zakat yang diterima daripada rakyat untuk di berikan kepada golongan asnaf perlu di berikan dengan jujur tanpa berlaku penyelewengan, warna kulit dan perbezaan pemahaman politik.
“Bagi saya, jika mereka layak dikategori fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim piatu, sememangnya tidak memperolehi pendapatan tetap dan tidak menerima bantuan pihak berwajib maka wajarlah kita membantu mereka.
“Alhamdulilah, setiap tahun kita mendapat kepercayaan rakyat Lembah Pantai untuk membantu menyampaikan bantuan tersebut kepada golongan diatas”, ujarnya.
Wartawan difahamkan, beliau turut menyampaikan bubur lambuk, kurma di Kampung Kerinchi, Lembah Pantai Baru, Bangsar dan beberapa kawasan bermula permulaan Ramadhan bersama Ahli Jawatankuasa AMK.
Majlis berbuka puasa diserikan dengan ruangan tazkirah yang disampaikan Al-Fadhil Ustaz Shamsul Firdaus dengan menekan aspek Amanah, Manusia Jarang bersyukur dan tanggungjawab kita sebagai khalifah.