Gembira, apabila kejayaan yang di kecapi diraikan oleh pimpinan Kerajaan negeri Selangor PAKATAN Rakyat.
Sufi Habibullah Bin Roslan, pelajar daripada Universiti Selangor (Unisel), telah menerima Anugerah Pingat Emas dari Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM) rasa terharu dengan penghargaan yang diberikan.
Beliau berkata, “Alhamdulilah, ini merupakan julung kalinya saya menerima anugerah daripada pihak berwajib. Penghargaan ini sekaligus memberi suntikan semangat yang wajar kepada saya untuk mengorak langkah kehadapan selepas ini.
Terima kasih juga kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Pendidikan, Pendidikan, Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali serta saf-saf pimpinan Exco Kerajaan negeri yang sudi turun padang mengadakan majlis ini”.
Menurutnya, kejayaan yang dikecapi dengan memperolehi Keputusan CGPA Unisel : 3.29/4 adalah satu usaha yang tidak jemu dilakukan walaupun kehidupan keluarga sederhana pendapatannya.
Miskin tidak bererti gagal dalam kehidupan, bahkan harus berusaha “Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang”. Fokus sepenuhnya dalam pelajaran, falsafah yang di gengam erat dalam mencapai matlamat kejayaannya.
Ibu serta semua pensyarah UNISEL serta rakan-rakan yang sudi berkongsi ilmu sehingga impiannya tercapai juga banyak memberi inspirasi kepada beliau.
Tambah Sufi, “ Selain saya, Kerajaan Negeri telah meraikan seorang lagi pelajar iaitu Berjilia Kin daripada jurusan Akaun dengan memperolehi Keputusan CGPA Unisel 38/4”.
“Dengan kejayaan di perolehi semua pelajar Unisel, jelas menunjukan UNISEL mampu melahirkan pelajar cemerlang dari sudut akademik dan sahsiah”, ujarnya dalam sidang media di Sungai Kapar Klang.
Habsah Binti Mustapha (Ibu) pula berkata, “kejayaan yang diperolehi anak saya benar-benar rasa bersyukur kepada Allah SWT, dan tidak disangka, keringatnya diraikan kerajaan negeri Selangor.
“Sebelum ini, abang dan kakaknya yang memprolehi kejayaan tidak pernah diraikan oleh kerajaan terdahulu.
Alhamdulilah apabila kerajaan PAKATAN Rakyat mengambil alih semua pelajar yang berjaya dalam pelajaran diraikan. Semoga usaha murni dilakukan kerajan negeri diberkati Allah”, ujarnya.
Kedua –dua pelajar cemerlang ini telah menerima wang RM1000, trofi dan sijil anugerah daripada kerajaan negeri Selangor. Hadir sama, Prof. Dr. Hj. Anuar Bin Hj Ahmad, Pemangku Presiden / VC Unisel, saf-saf pimpinan Exco Kerajaan negeri Selangor.