Dewan Pemuda PAS Negeri Perak sedih dengan sikap berdiam yang ditunjukkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak terhadap filem ”Innocence Of Muslims” melalui Ketuanya, Khairul Azwan Harun.
Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata: “Jika mengibas kembali laman twitter peribadinya, jelas tiada sebarang sikap ditunjukkan oleh Khairul Azwan selain terlalu mempolitikkan isu, terutamanya dengan pimpinan DAP Negeri Perak khasnya.
Menurut Dr Raja Ahmad pada 14 September lalu sebagai contoh di seluruh dunia Islam membantah penyiaran filem tersebut dan tidak berkecuali di Perak turut diadakan bantahan iaitu di Masjid Negeri, Sultan Idris Shah 11, Ipoh, bagaimanapun Pemuda Umno tidak melakukan apa-apa bantahan.
“Kami mempersoalkan, dimanakah Pemuda Umno Perak ketika itu? Kenapakah perlu terlalu mempolitikkan isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW yang sepatutnya untuk hadir bersama menzahirkan bantahan?
“Jelas Pemuda Umno hanya menggunakan isu bagi kepentingan mereka untuk dilihat membela Islam, sedangkan mereka hanya berpura-pura sahaja. Rakyat boleh melihat sendiri laman twitter Khairul Azman untuk menilai sendiri apa yang kami nyatakan,” katanya.