Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack berkata, tidak ada cara lain untuk menyelamatkan negara ini dari pembangunan yang memudaratkan melainkan dengan mengubah kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.
“Kerajaan yang tidak peduli nasib rakyat mesti diubah. Sekarang tidak ada haapan. Harapan hanya ada apabila kita mengubah kerajaan,” katanya pada Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit, 30 September lalu.
Sementara itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau memberitahu, Johor adalah negeri paling banyak berhutang dengan kerajaan Pusat, iaitu berjumlah RM1.1 bilion.
“Tapi tak bermakna kena terima apa saja jenis pembangunan,” kata Dr Boo
“Johor ada pantai sepanjang 400 kilometer. Tetapi mengapa hanya ada satu sahaja hotel bertaraf lima bintang?, kata Dr Boo mempersoalkan kegagalan kerajaan negeri memperkasa ekonomi negeri melalui sektor pelancongan
“Apa yang kita mahu ialah mengekekalkan kehijauan,” tegas Dr Boo.