Kunjungan bekas ADUN Gombak Setia 1999-2004 Ustaz Dato Ismail Kamus terhadap Dato Tuan Guru Nik Abdul Aziz membawa harapan calon PAS bagi Dun tersebut bakal berubah.
Setelah Adun Gombak Setia dari PAS yang memenangi pilihanraya pada 2008 lalu dipecat oleh PAS maka ramai tercari-cari penggantinya bagi PAS mengulangi kejayaan pada PRU 12.
Nama-nama yang terpampang di banner di kebanyakkan tempat memaparkan gambar dan nama tiga pimpinan PAS kawasan Gombak iaitu YDPnya Sallehuddin Nasir, Ketua Pemuda PAS Gombak Ustaz Syarhan Abdul Halim yang juga anak kepada bekas Setiausaha Agung PAS yang terpaksa mengundurkan diri kerana keuzuran dan juga Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Hasbullah Ridzwan.
Namun kedapatan suara-suara dari kalangan ahli parti yang mahu bekas Adun PAS 1999-2004 lalu iaitu Dato Ustaz Hj Ismail Kamus kembali dicalonkan kerana kini beliau semakin sihat dan terbaru sempat mengunjungi Tuan Guru Dato Bentara Nik Abdul Aziz di Kota Bharu dua hari yang lalu.
Aktivis PAS mengharapkan dengan mengemukakan semula bekas Adun tersebut maka peluang PAS untuk memenangi sekali lagi kerusi Dun Gombak Setia lebih cerah dan tambahan pula dapat menyaingi ketua ‘Beras Jati’ yang seronok menyerang PAS dan Pakatan Rakyat terutama di luar kawasan Gombak.
Sekalipun terdapat segelintir penyokong dan ahli PAS di Dun Gombak Setia yang setia kepada Hasan Ali secara terangan atau senyap akan tetapi ianya tidak mematahkan hasrat PAS untuk mengekalkan kerusi tersebut ditangan PAS.
YDP PAS Gombak iaitu Sallehudin Nasir pernah bertanding di Dun Gombak Setia namun kalah kepada calon BN. Sebagai menyahut saranan pimpinan tertinggi PAS untuk menggalakkan sebahagian pimpinan agar memberikan laluan kepada calon yang boleh menang dan lebih disenangi pengundi maka wajarlah banyak faktor diambilkira oleh semua pihak yang terlibat dalam jentera pilhanraya parti peringkat Dun mempertimbangkan calon-calon yang punyai harapan lebih untuk menang.
Dengan pemergian dan kembalinya ke rahmatullah bekas Pengarah DUn Gombak Setia dan juga Pengarah Pilihanraya PAS negeri iaitu Allahyarham Cikgu Mohd Radhi Yusof dan juga bakal calon Dun Gombak Setia maka jentera parti agak muram sebelumnya.
Namun ianya kembali pulih setelah YDP PAS kawasan berjaya mengembleng tenaga semua peringkat jentera ke arah bersedia untuk terus meraih kemenangan khasnya semua Dun dalam kawasan Gombak berserta parlimennya sekali.
Dengan kemenangan PAS di Dun Gombak Setia nanti ianya bakal menyumbang kepada pembentukkan kerajaan Pakatan Rakyat penggal ke 2.