Tindakan segelintir Mufti yang ‘menari mengikut gendang Umno-BN’ dikritik kerana memberi reaksi terhadap isu ‘Amanat Haji Hadi’, namun dalam yang masa diam terhadap kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ada kenyataan pimpinan Umno yang jelas menentang Islam dan hukumya. Ada pemimpin Umno yang menguasai syarikat arak.
“Bukan bidang saya nak nasihat Mufti. (Namun), saya tak pernah dengar ada teguran.
“Kenyataan Haji Hadi tahun 1981. Kenapa Mufti nak buat kenyataan sebelum pilihan raya umum (ke-13)?, kata Anwar menjawab soalan wartawan pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Berikutan polemik yang dimainkan kembali oleh Umno-BN sebagai kempen pilihan raya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 29 Disember 2012 menyatakan bersedia mambalas hujah melalui siaran langsung di TV1 dan TV3,
Namun, lebih melucukan apabila Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dr Rais Yatim berkata, ia hanya dibuat secara rakaman
bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
“Haji Hadi harus diberikan ruang untuk beri penjelasan. Ia kenyataan tahun 1981. Kenapa begitu ghairah?, soal Anwar.