Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu mengakui Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) KL112 sememangnya momentun yang dibina Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan Uno-BN, namun melalui pilihan raya yang bebas dan adil.
“Memang kita nak gulingkan kerajaan. Memang kita nak jatuhkan kerajaan. Tapi sudah tentulah kita hendak jatuhkan kerajaan melalui pilihan raya,” katanya kepada Keadilandaily selepas jamuan meraikan petugas HKR KL112 di Bangsar, semalam.
Mohamad mengulas demikian ketika ditanya mengenai tuduhan Dr Mahathir, yang semakin galak memainkan peranan dalam kempen Umno-BN, kononnya Pakatan Rakyat .
“Tapi sekiranya pilihan raya dilakukan secara tidak adil, itu terserah kepada rakyat,” tambah ahli parlimen tiga penggal tersebut.
Dalam pada itu Mohamad menegaskan, HKR KL112 bukannya penamat kepada mana-mana perhimpunan, bahkan ia sebagai contoh kerana perarakan peserta himpunan dari satu lokasi ke lokasi lain dilakukan secara aman.
“Hari itu (KL112) polis benarkan kita buat perarakan aman dari sembilan tempat. Lalulintas terkawal. Keselamatan harta awam dijaga,” tegasnya.
Justeru, beliau menolak hujah Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein kononnya kekacauan yang berlaku Duduk Bantah Bersih 3.0 tahun lalu kerana penganjur enggan menerima tawaran untuk melangsungkan program di stadium.
“Ketika Bersih 3.0, Akta Perhimpunan Aman pun belum wujud. Apa yang berjaya kita lakukan ialah kerana perjuangan rakyat.
“ISA diamsuhkan kerana perjuangan rakyat. Perhimpunan boleh dibuat di stadium kerana perjuangan rakyat. Bukan pemerintah yang beri, tetapi kerana perjuangan rakyat,” tegas Mohamad.