Pakatan Rakyat Pahang yang dibarisi oleh PAS, KeADILan dan juga DAP mampu bersaing dengan Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 13 nanti dengan hasrat memperolehi kerusi sehingga 22 kerusi Dun sekaligus menumpaskan BN di negeri Pahang kali ini.
PAS dijangka dengan mudah dapat memenangi kerusi selamat antara 6 hingga 8 kerusi Dun, manakalah KEADILAN pula mampu meraih 5 kerusi Dun dan DAP pula akan menyapu bersih 7 kerusi yang bakal mereka tandingi nanti.
Ini menjadikan BN Pahang akan kecut perut dan juga bakal menjadi pembangkang dalam persidangan pertama Dewan Undangan Negeri Pahang selepas PRU 13.
Pahang bukan lagi kawasan selamat untuk Umno dan BN setelah PR berjaya menyakin rakyat Pahang untuk berubah bersama negeri-negeri sebelah pantai barat semanjung.
Untuk memastikan PR berjaya menawan Putrajaya maka PR Pahang bakal meyumbang sebanyak 7 kerusi parlimen kali ini dengan didahului oleh Kuantan, Paya Besar, Temerloh, Raub, Lipis, Maran, Jerantut dan juga Bentong.