Pihak berkuasa diminta menyiasat akaun Puspanita Kebangsaan kerana ada dakwaan menyatakan wujudnya perpindahan kewangan persatuan suri kakitangan awam itu berlaku secara senyap. Ini berlaku kerana dibimbangi BN akan tumbang pada PRU 13 nanti.
Mereka ini mengambil iktibar daripada BALKIS di Selangor yang pernah didapati berlakunya salahurus oleh mahkamah dalam pentabdiran kewangannya untuk mengelak dari dikuasai oleh pihak yang baru.
Menurut dakwaan sumber-sumber yang layak dipercayai perpindahan tersebut telah berlaku sejak mutakhir ini untuk mengalihkan satu dana yang melibakan jutaan ringgit ke sebuah akaun yang dirahsiakan.
Hal ini juga akan melibatkan semua pertubuhan isteri-isteri wakil rakyat BN di negeri-negeri yang masih diperintah oleh BNUmno.
Oleh demikian semua agensi kerajaan yang diyakini telus dan amanah dapat berjaga-jaga terhadap laporan kewangan terakhir oleh pertubuhan atau perbadanan kerajaan daripada di manipulasi oleh pihak-pihak yang takut diadili ketika mereka semua kalah dalam PRU 13 nanti.
Kita tidak mahu apa yang telah berlaku di Mesir, Tunisia dan juga beberapa negara lain lagi dan berlaku dinegara kita ini dengan melibatkan pemimpin politik dan anak isteri serta kroni mereka melarikan satu jumlah yang besar harta awam dan rakyat.