Masa diawal kesatuan dibentuk atas nama Pakatan Rakyat banyak pihak tidak memperdulikan sangat siapa bakal Perdana Menteri Malaysia jika BN tewas dan hilang majoriti di parlimen .
Bahkan Tok Guru Nik Aziz secara terangan menyebut setuju jika Anwar Ibrahim dipilih sebagai PM jika PR menang besar.
Juga Presiden PAS pun akur dengan cadangan tersebut. Halangan untuk persetujuan sebegitu walaupun tidak dirasmikan tidak menyusahkan semua parti dalam PR. Kredebilti Anwar diterima semua pihak dalam PR waktu itu.
Akan tetapi sejak ura-ura BN akan kalah (insyaAllah) dalam PRU 13 maka UmnoBn juga beria-ia menanyakan dan memainkan isu siapa kalangan pemimpin PR yang layak jadi PM. Banyak pimpinan UmnoBN menyuarakan pemimpin itu dan ini dikira layak jadi PM ganti Umno.
Bakal PM
Terkini dalam parti utama Pakatan Rakyat pun dibincang hingga ke peringkat tertinggi secara senyap dan diam mahu mencalonkan si anu untuk diangka sebagai calon PM. Khabarnya sehingga melangkaui ahli bukan parti tersebut dicalonkan dan ianya serius seperti diberitahu oleh sumber dalaman parti tersebut.
Pemimpin tersebut yang pernah tubuh parti dan kuburkan parti dan sering dilihat berdolak-dalik menyatakan sebarang pendirian telah ditemui untuk pengesahan samada sudi menerima pelawaan tersebut atau sebaliknya.
Perkara sebegini belum sampai ke peringkat bawah lagi maka belum lah riuh rendah cuma menunggu hari dan masa tertentu sahaja untuk meletup.
Harap-harapnya isu sebegini boleh diselesaikan dengan wajar dan munsabah oleh mana-mana pimpinan yang mahu membuat apapun persetujuan dan kata putus agar tidak di ambil keuntungan oleh pihak-pihak yang telah berada di luar parti dan juga desprado yang berleluasa sekarang ini.
Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim sebagai kepala parti tetap layak untuk mengisi jawatan Perdana Menteri kelak dan bukan orang luar dari kalangan sendiri. Lim Kit Siang pula atau anaknya Lim Guan Eng bukan tak layak tetapi perlembagaan negara ada kekangannya maka mereka akur dengan iklim politik Malaysia lagi pun DAP tak bertanding cukup kerusi untuk menguasai politik Malaysia.