Teka teki pembubaran Parlimen menuju nokhtahnya hari ini. Semakin banyak sumber memberitahu PM Najib akan membubarkan parlimen tengah hari ini akibat desakan dalaman Umno yang tidak sabar dengan strategi beliau melambatkan tarikh pilihan raya umum.
Pembubaran juga mendapat desakan kuat dari TPM Muhyiddin Yassin yang melihat kerugian lebih besar sekiranya Pakatan Rakyat melengkapkan misi jelajah mereka. Pengumuman calon-calon yang bertanding bagi pihak Pakatan dan penerimaan menyeluruh rakyat terutama di selatan tanah air menjadi kemenangan moral bagi Pakatan dan menggugupkan BN.
Pengumuman pembubaran dijangka akan ke udara pada jam 12 tengah hari.
(Visited 149 times, 1 visits today)