Imej BN yang teruk menyebabkan Najib terpaksa ‘menjual’ imej Malaysia sebagai taktik tersirat mendapatkan sokongan pilihan raya umum ke-13, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Niz Nazmi Nik Ahmad.
‘Majoriti rakyat dah muak dan tolak simbol dacing. Kerana sebelum ini lebih banyak imej BN. Ini kita dapat lihat komen-komen di Facebook dan sebagai
“Mereka terpaksa guna ‘shuttle ads’ menggunakan imej patriotisme secara tersirat untuk ‘menjual’ imej Barisan Nasional. Ini sebenarnya taktik terdesak,” kata Nik Nazmi kepada Suara Keadilan.
Menurut Nik Nazmi, semua saluran media milik kerajaan dan rangkaian swasta kini terpaksa menjalankan kempen ‘pro-BN’.
“Setiap jam kita akan lihat kempen manifesto BN. Apakah ini yang dikatakan Najib bahawa Malaysia merupakan negara demokrasi terbaik di dunia?, soalnya.
Tambahnya, walaupun BN berkempen tanpa menggunakan logo dacing, rakyat kini sedar dan dapat membezakan kerana isu pokok adalah soal polisi dan ekonomii
“KEADILAN dan Biro Komunikasi akan terus menggunakan media baru termasuk aplikasi iPhone dan Android sebagai medium penerangan.
“Kita menggalakkan ahli dan penyokong KEADILAN untuk mengeluarkan semua poster, manifesto, video penerangan termasuk dalam bentuk CD dan bercetak untuk disebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.