TEMERLOH: Sebelas calon baru disenaraikan oleh PAS untuk bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Calon-calon yang pertama kali bertanding itu ialah bagi P79 Lipis (Ustaz Mahyuddin Lebai Ghazali) P87 Kuala Krau (Shahril Azman Al hafiz).
Bagi Dun pula ialah N2 Jelai (Ustaz Abd Karim Noor), N8 Dong (Tengku Shah Amir Tengku Perang) N9 Tahan,(Ustaz Zakhwan Ahmad Badaruddin), N10 Pulau Tawar (Yohanis Ahmad, N12 Beserah (Aandasura Rabu) dan N16 Inderapura (Syed Amir Syed Husein), Luit, (Mohd Shahrul Nizam Abd Halif), Chenur, Hasenan Harun dan SG Lembing, Sulaiman Derus
Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata lima calon PAS bakal menghadapi ‘perlawanan ulangan’ PRU 2008.
Mereka ialah Tuan Ibrahim Tuan Man di Dun Jengka, Bendahari PAS Musaniff Abdul Rahman dengan Norul Azali di Dun Guai dan Setiausaha Perhubungan Roslan Zainal kembali menentang Datuk Abdul Rahman Mohd di Dun Padang Tengku. Othman Bakar berhadapan Khairuddin Mahmud di Dun Pulau Manis dan Mohd Fadzli Mohd Ramly menentang Mohd Johari Hussain di Dun Tioman.
Tuan Ibrahim menaruh harapan tinggi PAS akan memenangi empat kerusi parlimen yang ditandinginya serta 15 Dun dengan menampilkan 98 peratus calon lulusan universiti dalam dan luar Negara.
PAS turut menampil calon muslimat iaitu Ustazah Nuridah Salleh yang bertanding melawan Jamaluddin Jarjis di Rompin.
Lain-lain kerusi yang di tandingi PAS ialah di Kuala Semantan (Syed Hamid Muhamad), Pelangai (Abd Hamid bahatim), Tanjung Lumpur (Rosli Jabar), Sg Lembing (Sulaiman Derus), Pancing (Yusof Embong), Guai, Musanif Abdul Rahman, Berikut ialah senarai penuh calon-calon PAS yang diumumkan:
SENARAI PENUH CALON PAS.
N.2 Jelai Abdul Karim Nor
P.79 Lipis: Mahyudin Ghazali
N.3 Padang Tengku: Roslan Zainal
N.8 Dong: Tengku
P.81 Jerantut: Dr Hamzah Jaafar
N.9 Tahan: Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin
N.11 Pulau Tawar: Yohanis Ahmad
N.12 Beserah: Andansura Rabu
N.15 Tanjung Lumpur: Rosli Abdul Jabar
N.16 Inderapura: Syed Anis Syed Husain
N.17 Sg. Lembing: Sulaiman Mohd Derus
N.19 Panching: Yusof Embong
N.20 Pulau Manis: Othman Bakar
N.21 Peramu Jaya: Abu Kassim Manaf
P.86 Maran: Mujiburrahman Ishak
N.24 Luit: Mohd Shahrul Nizam Abd Halif
N.26 Chenur: Hasenan Haron
P.87 Kuala Krau: Shahril Azman Abd Halim
N.28 Kerdau: Kamal Shaari
N.29 Jengka: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
P.88 Temerloh: Nasruddin Hassan
N.32 Kuala Semantan: Syed Hamid Syed Mohamad
N.36 Pelangai: Abd Hamid Bahatim
N.37 Guai: Musaniff Abd Rahman
P.91 Rompin: Nuridah Salleh
N.40 Bukit Ibam: Syukri Ahmad
N.42 Tioman: Mohd Fadzli Mohd Ramly