KEADILAN mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya mendaftarkan pengundi luar negara sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan individu tersebut.
Calon parlimen Selayang, William Leong mendedahkan perkara tersebut berikutan aduan tiga mahasiswa yang menuntut Taiwan yang kini berada di Malaysia telah didaftarkan sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka.
Ho Kian Khee, 30, didaftarkan sebagai ‘Pemilih Tidak Hadir’ di Pusat Mengundi Pos bagi DUN Kota Alam Shah dan Parlimen Klang di Daerah Mengundi Taman Selatan 2.
Liew Chern. 27, turut didaftarkan sebagai ‘Pemilih Tidak Hadir’ di Pusat Mengundi Pos bagi DUN Kota Alam Shah dan Parlimen Klang di Daerah Mengundi Taman Bayu Perdana.
Manakala We Lay Buan, 30, turut didaftarkan sebagai ‘Pemilih Tidak Hadir’ di Pusat Mengundi Pos bagi DUN Rengit dan Parlimen Batu Pahat di Daerah Mengundi Bandar Rengit Selatan.
Pemilih, Ho Kian Khee menjelaskan, beliau menuntut di Taiwan diantara 2004 hingga 2008 dan mendaftar sebagai pengundi biasa pada 2009. Ho menjelaskan beliau tidak pernah mengisi borang 1P, iaitu pendaftaran pengudi di luar negara.
“Saya tak pernah memohon sebagai pengundi pos. Saya pelik bila disemak di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), identiti saya adalah ‘Pemilih Tidak Hadir’.
“Saya tak tahu sama ada saya perlu ke Taiwan untuk mengundi,” katanya yang telah berulang kali menghubungi pegawai SPR untuk pengesahan
Justeru, kata William kes ini bukan terpencil kerana melibatkan ramai lagi penuntut Malaysia di luar negara.
“Ini tindakan bacul Barisan Nasional yang menggunakan cara sistematik dan teknikal untuk menghalang seseorang mengundi, atau mewujudkan kemungkinan orang lain yang mengund bagi pihak mereka” tegasnya.
Sementara itu, calon DUN Rawang, Gan Pei Nei yang turut bersama pada sidang media mendesak kerajaan Malaysia menaja tambang perjalanan pergi-balik pengundi pos yang didaftar tnpa pengetahuan mereka.
“Kita telah maklumkan perkara ini berulangkali kepada SPR, namun tiada sebarang tindakan. SPR nampaknya tidak bersikap untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengundi, tetapi memberi kesulitan kepada mereka,” jelasnya.