BANDAR JENGKA: PRU-13 bagi kerusi N29 Jengka sekali lagi menyaksikan pertentangan diantara bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka 1999-2004, Tuan Ibrahim Tuan Man dengan penyandang Wan Salman Ismail.
Pertembungan ini pastinya sengit memandangkan dalam PRU-12 lalu, Wan Salman menang tipis 596 undi. Tuan Ibrahim mendapat 6,858 manakala Wan Salman 7,454 undi. Jumlah pengundi pada waktu itu ialah 17549. pertambahan pengundi baru diangarkan melebihi 6,000 dalam PRU 13 ini.
Jengka adalah kawasan majoriti Melayu, 97.98 peratus adalah Melayu, 0.18peratus Cina, 1.81peratus India dan lain-lain 0.03 peratus.
Ramai menjangkakan kawasan majoriti Melayu adalah kawasan yang sukar bagi Pakatan Rakyat, namun Tuan Ibrahim telah membuktikanya pada tahun 1999 apabila beliau menang disitu. Selain jengka PAS menang di Dun Tahan, Guai, Kuala Semantan, Kuala Pahang (Peramu Jaya) dan Inderapura.
Justeru itu Tuan Ibrahim sekali lagi bertanding di situ, beliau yakin sokongan orang Melayu/Islam terhadap parti yang bercirikan Islam mampu memenangkan PAS lalu beliau tetap kekal di Jengka dalam parlimen Kuala Krau yang mempunyai pengundi Melayu sebanyak 90.92 peratus.
Jika PAS berjaya memenangi hati pengundi Melayu maka wajarlah PAS layak menang di 16 Dun bagi menggantikan Umno.
Jengka adalah salah satu kawasan yang mempunyai majoriti Melayu teramai melebihi 80 peratus, selain Cenur 98 peratus, Luit 89 peratus, Bebar 86 peratus, Peramu Jaya 93 peratus, Pulau Manis 92 peratus, Pancing 83 peratus, Sungai Lembing 81 peratus, Pulau Tawar 98 peratus, Tahan 96 peratus, Batu Talam 81 peratus, Pdg Tengku 91peratus, Jelai 82 peratus, Inderapura 93 peratus, Guai 88 peratus, Bukit Ibam 95 peratus, Tioman 90 peratus.
Jengka juga adalah kawasan Felda, hanya penduduk di bandar Tun Razak Jengka sahaja yang bukan peneroka selebihnya adalah peneroka dan anak-anak peneroka.
Isu utama di Jengka ialah isu jalan raya yang sempit, kemasukan peniaga bukan Melayu ke bandar Jengka, isu perumahan bagi generasi kedua dan ketiga Felda serta isu air.
Pada tahun 2004, sebaik merampas kerusi Jengka, Wan Salman berjanji akan menaik taraf jalan raya Jengka – Kampung Awang dan beliau berjanji projek berkenaan akan siap menjelang PRU-12 lalu.
Malangnya projek berkenaan tidak dilaksanakan menyebabkan berlaku kekesakan jalan raya dan sering berlaku kemalangan.
Janji hanya tinggal janji, ramai percaya BN sekali lagi akan menggunakan isu berkenaan sebagai bahan kempen kerana mereka tahu orang Melayu mudah lupa.
Antara punca kemenangan BN di Jengka berpunca daripada kerja terancang antaranya ialah dengan menukar pensyarah-pensyarah di kampus UiTM yang disyaki menyokong Tuan Ibrahim.
Kesan besar daripada kemenangan BN di Jengka ialah menukar status Jengka daripada Bandar Melayu menyebabkan berlakunya perubahan dibandar berkenaan.
Pemimpin Umno yang menentang perubahan status itu kini sudah mendiamkan diri dan tidak lagi bersuara.
Suatu lagi isu besar di Jengka ialah projek pembangunan Matau oleh anak syarikat kerajaan Negeri Mentiga Corprations. Projek berkenaan melibatkan penduduk yang meneroka kawasan berkenaan lebih 30 tahun lalu terpaksa dipindahkan.
Penduduk mendakwa mereka sudah diberi TOL selama 13 tahun, tetapi ditarik balik atas alasan kerajaan ingin memajukan kawasan berkenaan sebagai kawasan komersil.
Kini kerajaan menangguhkan projek berkenaan dan dipercayai akan meneruskanya jika BN berkuasa kembali selepas PRU 13 nanti.
Kemenangan PAS di Dun Jengka pastinya akan mengubah senario politik Pahang kerana calonya Tuan Ibrahim Tuan Man pasti akan memperjuangkan hak rakyat sebagaimana telah di buktinya sebelum ini.
BIODATA USTAZ DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Tarikh Lahir :
– 27 Ogos 1960
Tempat Lahir :
-Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang
Pendidikan :
Master Dalam Bidang Dakwah dan Kepimpinan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Profesyen Dahulu :
ADUN Jengka (1999-2004)
Pensyarah Kanan UiTM Jengka
Pensyarah UiTM Manjong Perak
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Cliford Kuala Lipis
Pengalaman Di Dalam Parti :
– Naib Presiden PAS (2009-2011)
– Ketua Penerangan PAS Pusat (2011-kini)
– Pesuruhjaya PAS Pahang (2004-kini)
– Ahli Majlis Syura (2009-kini)
Penglibatan & Sumbangan:
Bekas Penasihat Pusat Pungutan Zakat Pahang
Panel Forum Perdana Ehwal Islam RTM
Facebook : www.facebook.com/ustaztitm
Twitter : tuan_ibrahim
Emel: u.tuanibrahim@gmail.com