Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin sokongan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat tetap utuh meskipun pendaftaran ketiga-tiga parti dibatalkan dan terpaksa menggunakan lambang ‘kunci’.
“Kalau SPR beri kita lambang kunci, kita ambil. Kita buka pintu untuk ke Putrajaya,” kata Anwar disambut sorakan ribuan hadirin di ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Bukit Badong, Batang Berjuntai, malam tadi.
Kata Anwar, kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid Hamidi supaya DAP menggunakan semula llambang roket bukti Barisan Nasional tersalah taktik.
“Tiba-tiba Umno susah hati. Naib Presiden Zahid Hamidi kata -jangan halang guna simbol roket. Tahu takut,” kata Anwar disambut ketawa hadirin
“Sebab kita yakin rakyat sudah matang. Kita yakin kebijaksanaan mereka,” tegas Anwar.
“Tapi tak mengapa. Hari ini kamu halang guna roket, esoknya kamu halang guna lambang KEADILAN, seluruh Pakatan Rakyat guna simbol bulan lawan Barisan Nasional.
“Katalah kita (diarah) ambil simbol kunci. Tak mengapa. KIta tolak Umno keluar. Kita buka pintu ke Putrajaya,” kata Anwar.
Sehingga 18 April, dua hari sebelum penamaan calon, Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak menarik notisnya yang tidak mengiktiraf jawatankuasa eksekutif pusat DAP (CEC) selepas pemilihan dibuat Disember 2012.
Tambah Anwar, Umno-BN dikepalai Najib Razak tidak berani berdebat dengannya bahkan terpaksa menggunakan taktik teknikal melalui pengharaman logo untuk menewaskan Pakatan Rakyat.
“Bila kita ajak debat, tak datang. Najib tuduh manifesto ita bankrapkan negara. tapi dia tiru tak mengapa?
“Dia tuduh manifesto kita tak ada isi. Dia tuduh Tan Seri Khalid tak reti ekonomi. Ya! Tan Seri Khalid tak pandai ekonomi, tapi macam mana ada simpanan tunai lebih RM2.6 bilion?
“Datuk Seri Najib Razak pula tambah hutang negara sampai RM540 bilion. Siapa yang pandai?, kata Anwar disambut teriakan ‘Khalid’ oleh ribuan hadirin.