“Rasa seperti tidak percaya melihat taraf kehidupan rakyat terutama orang asal di Rompin yang diperintah BN sejak 55 tahun lalu, mereka miskin segalagalaanya, dari sudut ilmu,, perumahan dan ekonomi yang begitu ketinggalan jauh berbading dengan warga kota,” kata Ustaz Nuridah Mohd Salleh calon PAS P91 Rompin.
Beliau adalah satu-satunya calon musimat PAS Pahang dalam PRU-13 ini.
Anak kelahiran Pekan, Ustazah Nuridah Mohd Salleh 51, menghabiskan zaman persekolahanya di Rompin dan kini beliau kembali ke Rompin menawarkan diri untuk mewakili rakyat ke parlimen.
Selepas seminggu berkempen dan menemui penduduk di tiga Dun iaitu Bukit Ibam, Muazam Shah dan Tioman, beliau merasai sendiri dengup jantung sebagai anak Rompin yang ingin melihat kemajuan yang gagal di bawa oleh parti yang diwar-warkan sebagai juara pembangunan.
Jelas BN hanya bercakap soal pembangunan tetapi Rompin sebenarnya masih jauh ketinggalan walaupun Rompin mempunyai hasil kayu kayan, bijih besi, emas dan sebagainya.
Rompin juga kaya dengan flora dan fauna menjadinya lubuk pencinta alam dan pelancongan seperti Taman Negara Endau-Rompin dan Pulau Tioman. Namun keujudan industri pelancongan ini tidak banyak mengubah lanskap kemajuan kepada Rompin berbanding Mersing, Johor.
Parlimen Rompin mempunyai 93.45 peratus penduduk Melayu, 2.70 peratus Melayu, India 1.44 peratus dan lain-lain 2.34 peratu.
Lawan Nuridah ialah Dr Jamaluddin Jarjis atau yang pernah dihebohkan sebagai pengganti Adnan Yaakub sebagai Menteri Besar tetapi akhirnya tidak menjadi kenyataan. Pru-13 ini adalah tahun ke enam bagi JJ mewakli penduduk Rompin dan rakyat yang membuat penilaian sudah dapat melihat apakah yang dilakukan oleh JJ sepanjang lebih sedekad menjadi Ahli Parlimen.
Rakyat juga dapat menilai kekayaan JJ, akhlaknya selaku ahli parlimen bertaraf menteri itu.
Menurut Nuridah sepanjang kempenya beliau berpeluang menemui penduduk dan menerima berbagai layanan daripada mereka seperti tidak dibenarnya masuk kerumah cuba diganggu oleh pemuda bermotosikal dan sebagainya.
“Layanan itu tidak mematahkan semangat saya untuk mengajak orang ramai menyokong Parti Islam (PAS) ini.
“Saya anggap ia sebagai satu motivasi kepada saya untuk terus mendekati pengundi dan mengajak mereka bersama Pakatan Rakyat,” katanya.
Beliau juga berdoa agar Allah S.W.T membuka pintu hati mereka menerima Pakatan Rakyat dan jika di takdirkan menang beliau mahu menang secara kolektif.
“Jika menang biarlah menang beramai-ramai bagi memudahkan urusan mambawa pembangunan kepada rakyat,” ujarnya.
Kemenangan secara bersendirian akan menyukarkan untuk melaksanakan segala perancangan yang telah diatur didalam manifesto Pakatan Rakyat negeri dan Pusat.
Beliau berkata, peluang Pakatan Rakyat untuk menang di Pahang tetap ada kerana rakyat lebih memahami perjuangan Pakatan Rakyat berbanding Pru-12 dahulu.
“Sekarang rakyat sudah melihat contoh bagaimana kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat berfungsi maka tidak sukar bagi mereka menerima penjelasan kita,” ujarnya.