Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid berkata Akta Pilihan Raya 1958 membenarkan calon-calon parti yang bertanding masuk ke kem-kem tentera bagi tujuan berkempen. Menurutnya, peruntukan itu sering tidak dilaksanakan secara adil oleh komandan kem yang hanya membenarkan calon parti tertentu sahaja masuk.
“Termaktub dalam peraturan pilihan raya calon-calon yang bertanding boleh masuk ke kem-kem berkempen kepada anggota tentera. Masalahnya, komandan di kem-kem yang menggunakan kuasa untuk menolak calon parti tertentu (pembangkang) dari masuk kem
“Bagi kita, kalau tak bagi masuk pun tak apa kita boleh kempen dari luar. Bukan setiap waktu askar duduk dalam kem, mereka juga makin terdedah dengan media sosial dan tahu perkembangan politik semasa,” katanya.
Ghafir ditemui ketika turun berkempen bersama-sama Tian Chua di Batu. Parlimen itu menempatkan Kem Batu Kentonmen dan mempunyai pengundi pos sebanyak 2,583 mengikut daftar Suruhanjaya Pilihan Raya 2013.