TEMERLOH: Seorang agen pilihan raya P088 Parlimen Temerloh Roslan Ahmad membuat laporan polis bersabit ujudnya pertindihan nama (nama tercatat lebih dari sekali) dalam daftar nama pemilih.
Dalam laporanya Roslan berkata keujudan nama lebih dari sekali itu menyebabkan penama terbabit mungkin mendapat dua kertas undi yang dikeluarkan pada 23 April lalu.
Mereka yang dimaksudkan ialah Noor Rahizan Abd Rahman, Darul Ezuan Duhim, Nurul Anna fadilla Ismail, Siti Aminah Tun Mamat, Rokian Ahmad, Sukumarey dan Rozalina Mohd Yusuf.
Roslan menuntut supaya pihak berkuasa mrmbuat siasatan rapi kerana disyak ujud penipuan dan kemungkinan berlaku juga di tempat lain, penyiasatan sistem pengkalan data SPR kerana kemungkinan ujudnya pecah amanah.
Beliau juga mahu sistem undi pos ini dikaji semula kerana ujudnya ruang-ruang tidak adil dan berata sebelah.
Sementara itu calon P088 Nasruddin Hassan dalam sedang medianya menyatakan kebimbangan pekara sama turut berlaku di kawasan lain.
Difahamkan tujuh nama berkenaan adalah petugas SPR yang akan bertugas pada hari mengundi 5 Mei nanti dan mereka membuang undi lebih awal iaitu pada 30 April.