Batu Caves , 30 th April : Calon N16 PKR, Amiruddin Shaari ketika bertemu pengundi di Sungai Tua Batu Caves menyarankan agar rakyat sentiasa merebut peluang perniagaan di negeri Selangor.
Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) pada tahun 2011 sehingga kini telah mengambil langkah proaktif bagi membela nasib rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap selain itu membantu semua peniaga mengembangkan perniagaan mereka.
“Alhamdulillah semenjak MIMBAR di rasmikan ramai rakyat Selangor telah merebut peluang dan kebanyakkan diantara mereka telah memperolehi bantuan daripada kerajaan negeri Selangor”.
Di DUN Batu Caves lebih kurang 300 orang yang telah mengambil kesempatan untuk membuka perniagaan mereka dan apa yang kita lihat mereka telah Berjaya dalam perniagaan yang di ceburi.
Justeru, insya-Allah jika (PR) masih diberi mandat mentadbir Negara ini kita akan terus membantu rakyat melalui skim MIMBAR, katanya.
Seorang peniaga Salmah Samsuddin, yang mengamali stroke separuh badan dua tahun lalu dan merupakan ibu tunggal lahir rasa kesal selama beliau memulakan perniagaan tidak siapa yang sudi membantu.
Beliau berkata, saya rasa kesal selama pemerintahan kerajaan UMNO 50 tahun, kebajikan saya tidak di jaga. Saya pernah meminta bantuan daripada bekas ADUN BN, dan badan kebajikan namun permohonan saya tidak dipedulikan.
Ini berbeza dibawah pengurusan kerajaan Selangor (PR) dimana saya dapati ramai nasib wanita, peniaga di bela. Meskipun saya tidak berkesempatan menerima bantuan perniagaan kerana kesihatan tidak mengizinkan namun saya tumpang gembira kaum wanita disini dan peniaga di negeri Selangor terbela. Saya harap negeri ini akan terus di urus oleh kerajaan PR, katanya ketika ditemubual oleh wartawan.
Menurut Salmah selama terlibat dalam perniagaan makanan ringan semenjak suaminya telah meninggal beliau sering rasa tertekan melihat kenaikan harga barang yang semakin melonjak.
“Saya menanggung seramai empat orang anak yang masih kecil. Dengan pendapatan tidak lebih RM500 kadangkala buat saya menangis untuk membayar yuran sekolah, pakaian dan keperluan anak-anak. Walaupun kesihatan tidak mengizinkan namun keperluan mereka perlu diberi. Justeru untuk ini kali lah saya memberi sokongan penuh kepada calon N16, Amiruddin Shaari yang banyak membantu rakyat disini dan memastikan Selangor terus di urus oleh PR”, katanya.
Wartawan di fahamkan penduduk di sekitar Sungai Tua, walaupun PRU13 hanya tinggal 5 hari lagi namun tiada seorang wakil calon UMNO turun padang bertemu dengan rakyat disini.