Sekurang-kurangnya 25,000 orang hadir dalam ceramah Pakatan Rakyar di Sikamat, malam 30 April lalu dan jumlah tersebut kini bukan lagi sesuatu yang luar biasa untuk Negeri Sembilan.
Malah, dalam siri ceramah Jelajah Kebangkitan Rakyat, Negeri Sembilan antara negeri yang mencatatkan kehadiran paling tinggi di Malaysia.
Justeru, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas yakin Pakatan Rakyat akan berjaya menawan negeri ini dalam pilihan raya umum ke-13.
“Kalau kita ambil kira perkembangan terbaru, setiap kali sambutan semasa Datuk Seri Anwar melawat Negeri Sembilan, berpuluh ribu yang hadir.
“Saya yakin ia akan diterjemahkan kepada sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-13,” kata Kamarul kepada Suara Keadilan.
Manakala dalam ceramah pra Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 yang berlangsung pada 3 November 2012, lebih 30,000 hadir meskipun dalam suasana hujan.
Justeru, kata Kamarul, kemarahan yang ditunjukkan rakyat Negeri Sembilan akibat banyak jani yang gagal ditepati oleh pentadbiran Umno-BN di negeri adat pepatih ini.
“Projek yang diumumkan hanya gembar-gembur di media. Contohnya, Hospital Rembau yang diumum untuk dibina pada 2008. Sekarang hanya tinggal papan tanda.
“Begitu juga isu peneroka Felda. Sekarng mereka mendapat maklumat bahawa selama ini mereka dah dizalimi Felda. Rakyat dah tak kira, yang dia mahu ialah perubahan.
“Cakap-cakap BN untuk perubahan dan kemajuan hanya gimik pilihan raya,” kata Kamarul.
Comments
(Visited 81 times, 1 visits today)