Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu agar rakyat Malaysia tidak mengundi calon Bebas atau parti yang tidak membawa apa-apa agenda besar dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.
Katanya, Pakatan Rakyat mahu menukar sistem pentadbiran kepada yang lebih telus, bukannya terhad kepada hal-hal perkauman atau isu agama sempit.
“Calon bebas nak Melayu. Tak mahu Pakatan (sebab) ikut Cina, ikut India. Seolah-olah kalau sokong Pakatan, PAS pun serah Allah pada orang lain.
“Orang Melayu tak mungkin boleh survive (sendirian). Kalau saya ditakdirkan jadi Perdana Menteri nasib orang Melayu akan dibela. Tapi Melayu mana, tak kan adik Perdana Menteri, anak Mahathir, Daim Zainuddin
“Kita nak tolong Melayu yang di bawah. Dia sakit kita rasa, begitu juga anak Cina dan India,” katanya dalam ceramah kelompok di Dewan Merdeka, Kuang yang dihadiri kira-kira 2000 penduduk setempat pada 1 Mei lalu.
Anwar berikrar sekiranya Pakatan memerintah, semua kaum akan dibela dengan saksama dan tidak seperti perjuangan calon Bebas yang hanya tertumpu kepada satu-satu kaum sahaja.
“Harus ada pendekatan rakyat rasa kerajaan ini kerajaan dia. Wang negara mereka dapat menafaat, pendidikan ditingkatkan
“Saya asas Melayu dan Islam tetapi saya tahu, nak pimpin Malaysia, saya mesti menjadi Melayu yang baik kepada Cina, India, Iban dan Kadazan,” katanya.