Naib Presiden PKR Fuziah Salleh berkata terdapat kecurigaan peti undi awal akan ditukar apabila lokap polis dibuka pada hari ini.
“Hari ini semua lokap yang menempatkan peti undi awal akan di buka di atas keperluan mengeluarkan kertas-kertas undi serta dakwat kekal yang juga di tempatkan didalam lokap.
“Sewaktu aktiviti ini berlaku peti-peti undi awal di dalam keadaan tidak selamat.
“Di dalam keadaan Umno dan BN merasa terdesak sekarang ini. Apa sahaja boleh berlaku,” kata Fuziah dalam satu kenyataan.
Katanya, tindakan OCPD polis di Kuantan yang melanggar peraturan SPR sebelum ini dan mengganngu wakil calon memantau peti undi menimbulkan kecurigaan meluas.
“Di Kuantan arahan OCPD Kuantan bertentangan sama sekali dari arahan pengerusi SPR yang menjanjikan bahawa peti-peti undi awal boleh di jaga sepanjang waktu dari 30april 2013 pada hari mengundi awal sehingga kertas undi di kira. Akan tetapi arahan pengerusi SPR tidak diendahkan dan wakil calon diarahkan pulang oleh OCPD.
“Saya di balai polis Kuantan. Pengawai SPR sudah hadir untuk buka lokap. OCPD tidak membenarkan saya masuk. Saya pula bertegas, lokap tidak boleh di buka tanpa saya.
“Keselamatan peti undi awal tergugat. Tahanan boleh mati didalam lokap.Ini kan pula peti undi yang tidak boleh melawan. Saya sudah hilang kepercayaan dengan institusi polis,” katanya.