Peguam Haris Ibrahim yang mengetuai NGO Tahan meminta rakyat Malaysia yang patriotik melalukan tangkapan awam di bawah Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah sekiranya bertemu pengundi ragu warga asing pada 5 Mei.
Beliau berkata, Tahan akan melakukan tangkapan awam (citizen arrest) sekiranya bertemu dengan individu yang disyaki atau diragui.
Katannya, tangkapan awam tidak salah disisi undang-undang dan setiap rakyat Malaysia berhak untuk melakukannya.
“Jika kamu nampak ada orang melakukan kesalahan atau jenayah, apakah kamu mahu berdiam diri membiarkannya?” jawab Haris.
Beliau berkata demikian dalam sidang media mendedahkan video ketibaan kumpulan warga Nepal, Indonesia dan Bangladesh yang dipercayai pengundi ragu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Video berdurasi 15 minit 20 saat itu menunjukkan kumpulan yang berjumlah lebih 50 orang itu dibawa dalam enam buah van dan sebuah bas yang tertera logo agensi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda)
Menurut Haris yang merupakan pengelola skuad TAHAN (Team ABU Asing Halang Undi), ketibaan kumpulan warga Nepal itu di KLIA kira-kira jam 4.30 pagi, hari Khamis 2 Mei lalu melalui penerbangan MH8611 syarikat penerbangan Mas dari Kota Konabalu.
Haris berkata, ketika ditanya kepada pemandu van yang dipercayai orang tempatan, mereka kelihatan resah dan tidak menjawab soalan yang diajukan.
Menurut Haris, Skuad TAHAN turut mengekori konvoi tersebut, namun tiga daripadanya berpecah ke lokasi lain. Haris kemudiannya mengekori salah satu kumpulan sehingga ke Tanjung Malim, Perak.
Justeru, Haris menegaskan tindakan menggunakan orang luar untuk mengundi bagi pihak tertentu adalah salah disisi undang-undang.
“Jika mereka boleh mengundi, kita ingin tanya, bagaimana mereka dapat kad pengenalan?” soal Haris.