Foto dari FB Rizal Tahir
Semoga Allah memberi kekuatan kepada pimpinan Ustaz Ahmad dan pimpinan lain.
Bagaimanapun, pengguguran Datuk Husam Musa daripada jawatan Exco selepas berjasa sebagai penggerak ekonomi kerajaan Kelantan masih menjadi tanda tanya. Husam amat terserlah ketokohannya dalam ekonomi Kelantan. Beliau perancang lebuh raya rakyat dan perancang bandaraya Kota Bharu ke 2 di Tunjung.
Tanpa Husam ekonomi Kelantan mungkin tidak sebaik sekarang dan pemergiannya dari kerusi Exco mungkin merencatkan sedikit pembangunan yang dirancang kerana barisan Exco baru tidak kelihatan ahlinya mempunyai kewibawaan dalam perancangan ekonomi.
Mungkin juga barisan kepimpinan baharu tidak cocok dengan projek ‘menawan Putrajaya’ yang sebelum ini banyak disertai Husam. Projek ke Putrajaya ditentang oleh golongan ulama yang lebih selesa dengan pentadbiran di peringkat negeri.Termasuk yang terpengaruh dengan projek ‘unity goverment’
Bagaimanapun Nik Aziz berjaya merobah presepsi mereka agar PAS bergerak lebih jauh untuk menguasai negara, bukanya hanya terhad dengan berdakwah di mana-mana kesempatan yang diberi pemerintah BN.