Antara hendak menerima dan mengkritik keputusan pilihanraya umum ke 13 beberapa hari lalu amat memilukan seluruh rakyat yang sangat mahu membuat perubahan.
Kata Presiden PAS terima lah dulu sementara keputusan ini.
Kata Anwar Ibrahim kita gantung dulu keputusan ini dengan membuat persediaan untuk mencabarnya melalui undang-undang.
Kata Lim Kit Siang Najib bertanggungjawab memikul kenyataanya berkenaan perubahan undi kaum Cina.
Keputusan bersilang dikebanyakkan kawasan DUN dan juga Parlimen menunjukkan banyak kelemahan Suruhanjaya Pilihanraya sendiri dalam mengendalikan PRU 13 ini.
Ada kedapatan banyak kawasan parlimen yang telah diisytiharkan menang oleh Pakatan Rakyat tiba-tiba keluar semula kenyataan kalah.
Ada kawasan yang diumumkan kalah tiba-tiba menang semula.
Ada majoriti yang diperolehi tinggi tiba-tiba jatuh menurun.
Di Perak dan Terengganu jelas sekali peranan SPR sangat diragui.
Jumlah undi rosak contohnya di Parlimen Camerob Highlands sangat jelas untuk di persoalkan.
Dengan jumlah pengundi yang mengundi parti-parti dalam PR yang mengatasi jumlah pengundi kepada BN ianya melegakan sedikit sebanyak pendokong Pakatan Rakyat.