Kerajaan Selangor dicadangkan untuk melantik semula Tan Sri Khalid Ibrahim ke jawatan Menteri Besar.PAS yang memperolehi 15 kerusi DUN layak menghantar seorang wakilnya mengisi jawatan tersebut. Tetapi PAS juga wajar membuka semula jawatan Timbalan Menteri Besar untuk diberikan kepada Khalid
Kepimpinan ekonomi Selangor akan diragui tanpa nama besar seperti Khalid. Beliau berjaya dalam polisi merakyat ekonomi Selangor.
Polisi inilah yang memberi kelebihan kepada kerajaan negeri bertahan biar pun BN meletakkan sehingga 100,000 pengundi hantu di Selangor. Sekiranya bukan Khalid yang dikasihi rakyat maka nasib Selangor akan sama seperti Terengganu pada 2004 dilanda badai ‘gelombang biru’
Sebagaimana lalu kepimpinan Speaker dari DAP maka pada kali ini jawatan tersebut wajar terus diisi oleh DAP.
Jika amalan kerajaan Selangor telus insyaAllah semuanya akan berjalan lancar.