Rakyat akan melakukan kebangkitan lebih besar sebelum pilihan raya umum akan datang, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Rakyat akan bangkit, lebih hebat dari sebelum pilihan raya. Ini adalah masa depan kamu. Kami (Pakatan Rakyat) hanya satu usaha kecil untuk mempertahankan masa depan lebih terjamin dari Umno-BN.
“Kamu rampas hak rakyat, namun rakyat akan bangkit tolak pembodohan. Kamu (BN) hanya dapat 47% (undi). Kemudian kamu cuba mainkan isu perkauman untuk tutup penipuan yang berulang,” kata Anwar di hadapan 30,000 hadirin di program ‘Black 505 Johor malam tadi.
Anwar berkata, sistem pilihan raya di negara ini telah rosak apabila sebuah kerajaan minoriti yang mendapat 47% undi diberikan mandat untuk mentadbir.
“Mana ada sistem demokrasi di dunia yang kalah dapat 51%, tetapi yang menang dapat 47%? Kita takkan rela untuk mengesahkan rompakan dan penipuan.
“Yang kita mahu adalah pilihan raya raya yang bersih dan adil. Adakah kita mahu terima keputusan pilihan raya yang dirompak? kata Anwar disambut ‘Tidak’ oleh ribuan hadirin.
Tegas Anwar, perjuangan untuk mengambalikan hak yang dirampas bermula sekarang dan setiap rakyat Malaysia wajib menjadi ejen perubahan.
“Kita harus teruskan usaha. Setiap orang sampaikan maklumat kepada semua. Kita lawan dengan fakta, bukannya melawan dengan fitnah. Belum pernah dalam sejarah, diktator boleh melawan kebangkitan rakyat,” kata Anwar.
“Maruah rakyat tidak boleh dipijak. Ini adalah masa depan anak-anak Malaysia. Jgn izinkan untuk beri lima tahun lagi untuk Barisan Nasional,” kata Anwar disambut sorakan hadirin.
Sebelum program berkahir, Anwar turut melaungkan slogan ‘Selamatkan Johor’ dan ‘Selamatkan Malaysia’ disambut pulhan ribu hadirin.