Ppejuang bangsa melayu umngok, Ibrahim Ali dan Zul Nordin umpama katak-katak yang digilis tayar lori balak. Kabinet Najib lebih mengutamakan usaha pejuang Hindraf berbanding Perkasa.
Begitu juga dengan Hasang Akidah yang terlalak ke sana ke mari, Mubaligh Kristian juga yang menjadi pilihan dan keutamaan menganggotai kabinet Najib.
Kita tidaklah berniat hendak melaga-lagakan antara kaum dan agama, tetapi sekadar ingin menimbulkan semula ‘perjuangan’ Perkasa dan Jati, yang selama ini membidas Pakatan Rakyat siang, malam, pagi dan petang dengan isu-isu perkauman dan soal negara yang akan diperintah oleh orang Kritian. Seolah-olah, bila Pakatan Rakyat memerintah, habis tunggang-langgang bangsa melayu dan agama Islam…
Maka timbulllah cerita yang dijaja oleh JKK umno, jika Pakatan Rakyat memerintah, habis kampung halaman akan jadi kandang babi. Inilah salah satu contoh ‘bahan kempen jijik’ yang dilakukan oleh JKK kepada masyarakat kampung dan pedalaman yang saya dengar dengan telinga sendiri!
Jadi, soalnya sekarang, SIAPAKAH YANG BERBOHONG kepada bangsa melayu yang tinggal di kampung-kampung dan kawasan pedalaman?
Sekarang, apabila Najib membawa Hindraf dan pemimpin sekolah mubaligh Kristian ke dalam kabinet, ke mana perginya Perkasa dan Jati? Sunyi sepi tak bersuara.
Atau masih mengasah dan mencium keris?
– Petikan Laman Marh@en