Langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 lalu, namun tidak kekal di jari pengundi telah menjadi bahan lawak dunia, kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
“Dunia ketawakan SPR. Kita pun ketawakan SPR. Ha ha ha! kata Mohamad Sabu, disambut nada ketawa sama oleh ribuan hadirin di Himpunan Suara Rakyat 505 di Padang Timur, Petaling Jaya, 25 Mei lalu.
Tegasnya, kegagalan SPR mengendalikan penggunaan dakwat kekal, salah satu peraturan baru yang digubal oleh suruhanjaya itu sendiri adalah bukti badan tersebut tidak berintegriti.
“Oleh sebab itu, kerajaan Najib yang tak berintegriti ini wajib ditolak oleh rakyat,” katanya.
Justeru, beliau mengingatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi tidak sombong untuk membuat tangkapan keatas pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan mahasiswa
“Kamu pemimpin kerajaan minoriti. Hey! Tak malu!, kata Mohamad sambil diulang semula ribuan hadirin.
Dalam pada itu, Mohamad secara sinis menyatakan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum le-13 dengan undi pendatang asing.
Mohamad merumuskan undi pendatang itu dengan akronim C.I.M.B, iaitu ‘Cambodia’, ‘Indonesia’, ‘Myanmar’ dan ‘Bangladesh’.
“Tahu siapa undi Barisan Nasional? C.I.M.B. Cambodia, Indonesia, Myanmar, Bangladesh!
“Ini kerajaan yang tidak sah. Dunia mengetawakan kita. Ha ha ha!, kata Mohamad disambut sorakan ketawa oleh hadirin.