Rakyat Malaysia terutamanya Umat Islam begitu bimbang sekali apabila melihat golongan belia, remaja kini semakin jauh tersasar dalam membina kehidupan lebih-lebih lagi apabila semakin menularnya pusat-pusat hiburan, pengambilan arak yang tidak di sekat untuk golongan tertentu. Kesan daripada itu sekaligus memberi kesan buruk kepada Negara seperti ramainya anak luar nikah, pembuangan bayi, merompak dan sebagainya
Dalam tangani isu berkenaan, maka ikutilah wawacara wartawan suarapakatandaily bersama Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi.
Sallehen Mukhyi anak kelahiran Kampung Panchang Pedena telah mendirikan rumah tangga dengan Wan Rosdah Wan Hassan dengan di kurniakan cahanya mata Muhammad Syamil yang kini melanjutkan pelajaran di Jordan.
SDP: Y.B dengan kemenangan Pakatan Rakyat(PR) Selangor dalam Pilihanraya umum (PRU) 13 apakah perancangan yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri khususnya dalam portfolio yang disandang oleh Y.B?
Sallehen: Alhamdullilah dengan kemenangan PR Selangor penggal kedua maka ia telah memberi peluang kepada seluruh pimpinan kerajaan negeri di peringkat Exco, ADUN, Penghulu, Ketua-ketua kampong, meneruskan perancangan seterusnya dalam membantu menaiktaraf ekonomi Selangor demi membela nasib rakyat. Perancangan demi perancangan telah disusun dengan rapi setiap Exco untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan Selangor yang di terajui oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada penggal pertama lalu mampu membuat perubahan Negara sekaligus telah meyakinkan rakyat untuk memberi undi yang besar pada seluruh pimpinan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor. Dengan itu saya merakamkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Selangor dengan memberi peluang, kepercayaan kepada kami dan insya-Allah peluang kedua ini akan kami buat yang terbaik dalam menerajui Negara untuk rakyat.
SPD: Dengan kememangan PR Selangor, Kerajaan Negeri telah merancang mengutamakan pembangunan luar Bandar pada penggal ini. Adakah bermakna pembangunan dalam Bandar akan di kurangkan ?
Sallehen: Walaupun kerajaan negeri Selangor merancang untuk mengutamakan pembangunan luar Bandar pada penggal ini tidak sama sekali akan mengurangkan pembangunan dalam Bandar kerana kerajaan negeri telah merancang beberapa agenda untuk menambahbaik program bagi membantu masyarakat tanpa kira perkauman dan parti.
SPD : Untuk portfolio ini berapa ramai yang terlibat ?
Sallehen : Seramai Dua orang Exco akan melaksanakan program Pembangunan Desa iaitu yang pertama di terajui oleh Menteri Besar Selagor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan saya sendiri.
SPD : Apakah tujuan penglibatan MB Selangor dalam portfolio pembangunan Desa ini ?
Sallehen : Saya melihat tujuan penglibatan keinginan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Abdul Ibrahim untuk serta dalam pembangunan Desa ini yang pertama adalah untuk mencakna bagi memfokuskan pembangunan desa di setiap kawasan negeri Selangor.
Kedua adalah untuk memastikan semua Exco menyertai pembangunan desa bagi menjaga kebajikan masyarakat tanpa kira parti dan perkauman di setiap kawasan. Kerajaan negeri sentiasa memikirkan keperluan masyarakat lebih-lebih lagi bagi menjaga kebajikan wanita terutamanya kebajikan kaum ibu tunggal dan golongan belia.
SPD : Untuk memastikan menaiktaraf pembangunan desa ini badan-badan apakah yang akan terlibat ?
Sallehen: Untuk menaiktaraf pembangunan desa bagi kawasan pekan-pekan kecil terdapat beberapa badan berwajib akan terlibat antaranya Majlis Daerah, ketua-ketua kampung, penghulu mukim kerana untuk menaiktaraf kawasan pekan kepada pembangunan desa adalah fokus yang amat besar maka dengan itu seharusnya mempunyai perancangan yang terperinci dan memerlukan penglibatan semua pihak.
SPD : Apakah Y.B rasa pekan kecil luar bandar perlu dikasanakan pembangunan desa?
Sallehen : Ya, sudah pasti untuk pekan kecil luar bandar perlu dilaksanakan kerana persaingan ekonomi amat ketara memandangkan kos kehidupan luar bandar memberi tekanan yang hebat maka sewajarnya pembangunan desa perlu di laksanakan bagi memastikan masyarat kampung turut serta dalam dunia perniagaan.
Pada masa yang sama kita akan memilih sekurang-kurangnya sepuluh buah kampung pada satu kawasan untuk dijadikan sebagai contoh bagi melihat program pembangunan desa yang di anjurkan kerajaan negeri Selangor mencapai sasaran dan berjaya di laksanakan . Setelah Berjaya dilaksanakan insya-allah kita akan bawa program ini ke desa-desa kawasan lain pula. Terdapat lebih kurang 300 desa antaranya kawasan kampung tradisi, kampung baru. Saya kira ia adalah amat penting untuk memberi fokus pembagunan desa Ini .
SPD : Terdahulu kerajaan negeri telah menganjurkan satu kampung satu produk, apakah program ini telah berjaya di laksanakan ?
Sallehen : Di Malaysia khususnya Negeri Selangor, kerajaan negeri telah merancang satu kampung satu produk. Apa yang kita lihat program ini kurang mendapat sambutan. Kurangnya sambutan masyarakat Malaysia dengan program satu kampung satu produk mungkin kerana masyarakat perlu memikirkan apakah produk-produk yang perlu dilakukan dan ia perlu kemahiran yang tinggi. Selain itu tidak semua masyarakat minat dalam dunia perniagaan walaupun dalam Islam amat menggalakkan umatnya mengcuburi bidang perniagaan.
Namun di negeri Jepun program ini berjaya dilasanakan kerana minat dan penglibatan semua pihak dalam perniagaan.
Ekoran daripada itu, bagi saya untuk penggal kedua ini kerajaan negeri perlu memikirkan apakah asas utama di perlukan bagi menjayakan setiap program sebelum melaksanakannya. Ini adalah tujuan bagi memastikan semua masyarakat tanpa kira parti perlu terlibat dalam program yang dilaksanakan. Apabila asas utama dapat kita cari maka hasrat kerajaan negeri memperkukuhkan ekonomi masyarakat Berjaya di laksanakan dengan mewujudkan Homestay, dan sebagainya. Saya yakin ia akan memberi manfaat kepada semua pihak bagi memperkukuhkan ekonomi masyarakat itu sendiri.
SPD : Apakah keputusan kerajaan negeri untuk mewujudkan pembangunan desa tidak akan menjejaskan kawasan hijau?
Sallehen : MB telah putuskan kawasan hijau perlu di kekalkan walaupun pembangunan desa di bangunkan. Kita akan pastikan ada kawasan zon yang sesuai , pengunaan baja, bahan –bahan lain agar tidak menjejaskan masyarakat dan udara.
SPD : Apakah usaha kerajaan negeri bagi membantu golongan belia untuk mendapat ruang pekerjaan yang baik di desa?
Sallehen : Insya-Allah kerajaan negeri akan membantu golongan belia mencari pekerjaan di desa agar mereka tidak melibatkan diri dalam aktiviti kurang sihat dan cari kerja di bandar.
Antara perancangan saya adalah untuk memperkasakan industri kecil. Ini adalah tujuan bagi memastikan golongan belia khususnya dapat pekerjaan di kawasan desa dengan melibatkan diri dalam pertanian moden.
SPD : Apakah faktor utama yang menyebabkan ramai belia sanggup bekerja di bandar sedangkan peluang pekerjaan di desa begitu luas untuk mereka?
Sallehen : Antara faktor utama kerana kawasan desa tidak sediakan peluang pekerjaan yang baik.
SPD : Justeru apakah tindakan kerajaan negeri perlu lakukan bagi memastikan belia terlibat dalam perniagaan pertanian moden di desa ?
Sallehen : Apabila kita bercakap tentang pertanian moden insya-Allah kerajaan negeri akan memikirkan usaha menambahbaik program-program yang perlu dilakukan untuk belia. Ini adalah tujuan bagi memastikan belia tertarik dalam pertanian moden.
Antara program yang sesuai dilaksanakan mewujudkan zon pertanian. Apabila zon pertanian ini di tubuhkan saya percaya belia akan terikat dengan desa dan dan dapat keluar daripada suasana Bandar yang penuh dengan tekanan. Untuk mencari peluang pekerjaan di Bandar belia perlu kelulusan yang tinggi, kemahiran, pengalaman dan sebagainya. Dengan adanya program penambahbaikkan insya-allah belia lebih tertarik untuk bekerja di desa.
Bagi kawasan desa jika terdapat tanah-tanah terbiar yang tidak di usahakan maka kita akan berbincang dengan pejabat tanah dan badan berwajib bagi menaiktaraf kawasan tersebut. Dengan usaha ini akan memberi peluang kepada masyarakat dan belia membangunkan kawasan berkenaan.
Dengan kerjasama dilaksanakan semua pihak bukan bermakna kerajaan negeri mengaut keuntungan tetapi hasil tersebut akan dimanfaatkan kepada rakyat seperti yang dilaksanakan kerajaan negeri Selangor sebelum ini iaitu “Hasil Negeri Untuk Rakyat”.
Kerajaan negeri bukan sekdar membantu petani namun Nelayan juga. Nelayan akan diberi lesen dan peruntukan. Dengan bantuan diberikan kepada nelayan kerajaan negeri akan sentiasa mengikuti perkembangan kemajuan yang dilakukan oleh nelayan. Ini adalah tujuan bagi memastikan para nelayan tidak salah guna dengan lesen dan peruntukan diberikan.
SPD: Apakah program yang telah di rancang bagi Port Folio Hal Ehwal Islam dalam masa terdekat ini?
Sallehen : Dalam masa terdekat ini insya-Allah saya akan memanggil pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi membincangkan program pengimarahan masjid. Ini adalah tujuan bagi memastikan program yang terdekat ini seperti ketibaan bulan Ramadhan akan berjalan dengan lancar.
Antara program pada bulan Ramadhan, kita akan adakan Forum, Tazkirah, Kuliah, Berzanji, Khatam Quran dan sebagainya. Setiap program dirancang kita akan menjemput penceramah terkenal seperti Utz Azhar Idrus, Ismail Kamus, dan ramai lagi bagi mengikat hati rakyat khususnya golongan belia dengan program masjid. Kita akan modulkan pengisian pendalaman masjid.
SPD : Apakah kerajaan negeri telah merancang bekerjasama pihak JAIS, Masjid untuk memberi Tauliah kepada penceramah bagi memasti mereka menyampaikan ilmu dengan betul. ?
Sallehen : Ya, sebelum kita memanggil penceramah menjalankan tugasnya, kita pastikan penceraman mempunyai sijil Tauliah untuk di sampaikan kepada umat islam. Pihak JAIS, Masjid sewajarnya memberi sijil tauliah kepada penceramah bagi memastikan penceramah menghayati kuliah yang di sampaikan.
Pihak masjid perlu ada kerjasama dengan institusi pengajian tinggi untuk keluarkan sijil tauliah. Setiap modul di sampaikan akan diberi ujian ini bagi memastikan mereka lebih fokus dan penghayatan kuliah yang diberi.
SPD : Kita lihat keruntuhan akhlak remaja belia semakin menular dan membimbang semua pihak apakah tindakan yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri dan Exco Hal Ehwal islam untuk dekati golongan tersebut?
Sallehen : Akhlak remaja dan belia perlu di atasi dengan mendapat kerjasama semua pihak. Ia bukan terletak pada Exco, ustaz, ulama tetapi semua pihak harus mainkan peranan. Kerajaan negeri telah berusaha mengadakan berbagai program untuk remaja dan belia atasi masalah akhlak yang semakin dirisaukan oleh ibubapa. Contohnya Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Dr Halimah Ali telah adakan berbagai program untuk dekati remaja dan belia. Kita dapati ia dapat sambutan yang baik.
Pada saya, golongan remaja belia perlukan perhatian agar mereka tidak rasa di pinggirkan. Insya-Allah kita akan adakan berbagai program agama disamping itu mengajak golongan tersebut dekati alim ulama. Apabila golongan alim ulama dekati mereka sudah pasti jiwa remaja belia akan tersentuh dengan kata-kata yang berhikmah.
Kerajaan negeri telah Berjaya menjemput alim ulama seperti Utz Azhar Idrus dan ramai lagi yang kita lihat mereka mudah mendekati semua golongan.
SPD : Apakah punca remaja belia rosak akhlak, dan bagaimana Y.B tangani masalah ini ??
Sallehen : Keruntuhan rumahtanga, ibubapa abai tanggungjawab kepada anak-anak kerana terlalu sibuk dengan kerjaya, pergaulan bebas, wujudkan cybercafé yang tidak terkawal dan sebagainya.
Dalam atasi isu ini, ibubapa yang ada masalah rumahtangga sewajarnya mendapat kaunseling di Pejabat Agama, Alim Ulama. Ibubapa sewajarnya meluangkan masa untuk anak-anak agar mereka tidak di pinggirkan dengan mencari hiburan luar. Bagi Cybercafe yang tidak dikawal melanggar syarat operasi sewajarnya perlu diambil tindakan demi keselamatan anak-anak.