Pakar pelembagaan, Profesor Dr Aziz Bari akan mengetuai pasukan KEADILAN mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytihar pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar di mahkamah.
Pengumuman tersebut dibuat Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
“Pindaan Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak.” katanya.
Tambahnya, KEADILAN turut memfail terhadap Pengerusi SPR dan timbalannya serta ahli-ahli SPR kerana gagal melaksanakan penggunaan dakwat kekal.
Tindakan undang-undang tersebut akan dibuat dalam tempoh tiga minggu mulai sekarng sekarang.
KEADILAN turut memfail petisyen pilihan raya menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan dibuat di Suruhanjaya Diraja dan kajian dalaman KEADILAN.
“Tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar dimahkamah bertentangan (ultra vires) dengan Perlembangan,” katanya.