PRU 13 – 05-05-2013
Akhirnya percaturan Najib bersama kepimpinannya berjaya mengekalkan kemenangan mereka dalam Pilihanraya Umum kali ke 13 sekaligus menafikan kemahuan dan cita-cita parti pembangkang yang bersekutu dalam apa yang dinamakan Pakatan Rakyat iaitu PAS, KeADILan dan DAP.
Bukan sahaja PR tidak dapat memegang tampuk Putrajaya tetapi kehilangan 2 negeri iaitu sememangnya Perak yang diyakini dapat dirampas semula oleh PR tetapi juga seperti yang diramalkan iaitu Kedah.
Kekalahan di Kedah membuka semula memori Terengganu yang mana PAS terlepas dari cengkamannya pada tahun 2004 yang hanya berjaya mengekalkan 4 kerusi sahaja. Kedua MB negeri tersebut adalah dari kalangan Tok Guru moden dan lama.
Dalam PRU 13 lalu ada yang menyangka yang mereka akan menang dan ada yang disangka mereka akan tewas tetapi apa yang berlakua adalah sebaliknya dimana Timbalan Presiden PAS yang glamour dan popular turut kalah di Kedah.
Naib Presiden PAS Husam Musa kalah dalam percubaan pertamanya di luar Kelantan iaitu Putrajaya. Tidak seperti pemimpin DAP dimana pun mereka beralih tetap menang seperti Leong Ngah Ngah dari Triang ke Tanah Rata juga menang dan seperti yang telah disangka Lim Kit siang singa tua DAP masih menang walaupun beralih dari perak Ke Johor.
Sebaliknya Sallahudin Ayub Naib Presiden PAS juga kecundang sekali lagi di Johor selepas melepaskan kerusi di Kelantan.
Itulah realiti PRU 13 yang hanya Allah yang maha mengetahui hikmahnya disebalik semua keputusan yang telah berlaku itu.
TIPU PILIHANRAYA
PKR tidak berpuashati dengan keputusan PRU 13 lalu melancarkan Blackout 505 yang dijuarai oleh calon kalah Sungai Aceh Penang Cikgu Bard atas nama SAMM. Dikumpulnya anak muda untuk melahirkan rasa tidak puashati dan menggerakkan pimpinan Pakatan Rakyat turut sama menjayakannya.
LETAK JAWATAN
Desakan PKR adalah supaya pimpinan tertinggi SPR meletakkan jawatan kerana dikira bertanggungjawab atas penipuan pengurusan pilihanraya PRU 13.
PAS WAS-WAS
PAS sedang menimbang untuk turut serta untuk bersama PKR dan DAP menyatakan kempen SPR Tipu PRU 13. Debak gedebuk akhirnya PAS akur kehendak rakan-rakan PR untuk bekerjasama.
Walaupun beberapa ulama tua dalam PAS sendiri enggan bersama bahkan mengeluarkan kenyataan yang sinis kepada reaksi PKR dan DAP untuk menentang keputusan PRU 13.
DEMI RAKYAT DAN MANDAT
PR menerima hakikat untuk terus ke Parlimen untuk berada dalam gelanggang parlimen bersama walaupun kecewa dengan keputusan PRU 13.
Ura-ura untuk memulaukan persidangan dan angkat sumpah di parlimen seperti yang digesa oleh ABU pimpinan Harris Ibrahim tidak jadi diteruskan.
TERENGGANU HAMPIR KEMBALI SEMULA KEPADA PAS
PAS 14 + 1 PKR dengan BN 17 hanya selisih 1 sahaja.
Itulah hakikat keputusan PRU 13 di negeri penyu itu. Jumlah DUN di Terengganu adalah 32 maka jika BN dan PR dapat 16-16 ianya berkedudukan sama.
Ura-ura istana Terengganu enggan menerima Mat Said sebagai MB tidak menjadi bahkan sebaliknya Mat Said makin kuat.
Tetapi teka-teki tetap berlegar jika PR dapat majoriti maka siapakah MB Terengganu?
TG Haji Abdul hadi kah atau Mohd Wahid Endut ?
MB Selangor
INgatkan Azmin Ali atau Sallehin Mukhyi (anak jati Selangor) jadi MB.
Tetapi akhirnya Khalid Ibrahim juga setelah disokong oleh PAS dan DAP.
Ramai berkata Khalid kedekut dan bakhil ia kah begitu ?
ISU MAZHAB
Akhirnya Iran jadi sasaran ASWJ berkaitan dengan fahaman Iran iaitu Syiah.
Syiah didapati campurtangan di Syiria.
Hanya ALLAH yang menentukan apa yang akan bakal berlaku selepas ini.