Peserta Himpunan #622 mencipta kejayaan sendiri apabila terus berjuang walaupun menghadapi jerebu tebal
Biarpun secretariat memberi nasihat agar peserta yang mengalami gangguan kesihatan tidak keluar tetapi himpunan masih Berjaya mengumpulkan puluhan ribu peserta.
Seawal jam 11.00 pagi peserta telah berkumpul di jalan Sultan, Sogo dan kawasan bangsar serta masjid negara.
Peserta paling ramai berkumpul pada awal pagi di Jalan Sultan. Menyaksikan MP seperti Tan Kok Wai, Fung Kui Lun, Tony Pua dan beberapa orang lagi berhimpun bersama para penyokong Pakatan rakyat terutama DAP.
Kebanyakan peserta awal meluahkan rasa marah kepada Datuk Bandar dan kerajaan BN kerana memusnahkan bangunan warisan dan stadium Merdeka untuk projek kroni
“Bangunan warisan, pengusiran dari tanah sendiri. Semua untuk projek kroni. Tolak projek kroni,” kat seorang wanita Cina separuh baya dan disambut laungan bersemangat oleh pemuda-pemuda yang berkumpul membawa bendera anti Lynas, Blackout 505, PAS, DAP dan PKR.
Kumpulan itu menjadi bertambah ramai pada pukul 1.00 petang apabila trak pick up SAMM membawa bersama Chegu Bard dan rakan-rakan yang erba hitam berbendera hitam.
Chegu bard memberitahu peserta telah berhimpun di Padang Merbok dan beberapa tempat lain. Beliau memuji polis yang mengawal lalu lintas dengan nyanyian:
“Ye Ye Polis baik. Rakyat baik. Polis baik, kami baik,” bagi menunjukkan suasana perhimpunan yang tidak mahukan provokasi biar pun ketua polis kuala lumpur berkata sebaliknya sebelum itu.
“Kita tak akan pulang selangi SPR tidak letak jawatan,” amaran Chegu bard.
Sementara itu, di Masjid Jamek Jalan Tun Perak sekumpulan orang asli dari Tapah Perak menunjuk perasaan kerana pada PRU lalu mereka dihalang daripada membuang undi.
“Tidak pernah dalam sejarah orang asli turun membantah hak mengundi yang dinafikan. Kami mahu hak mengundi yang menjamin hak tanah adat kami
“Kalau tak boleh mengundi di mana lagi untuk menuntut hak,” kata jurucakap orang asal.
Pada jam 2.00 kira-kira 10,000 peserta #622 berarak dari Jalan Sultan ke Padang Merbok. Konvoi melalui tengah Kuala Lumpur dan bergabung dengan orang asal.
Konvoi bertemu 30,000 peserta dari Jalan Sultan di Bank Rakyat , bulatan Bank Negara. Dari situ mereka berjalan ke Padang Merbok untuk mendengar ucapan para pemimpin.
Jumlah keseluruhan peserta perhimpunan di Padang Merbok 60,000 peserta dan perhimpunan berakhir pada jam 6.00 petang.