Walaupun Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran negara, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan dilaksanakan selagi
ketirisan dan pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan belum ditangani serta pendapatan perkapita rakyat tidak meningkat.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan itu dalam satu sidang media di lobi Parlimen pada khamis lalu.
Beliau ketika kenyataan media tersebut juga melahirkan rasa kesalnya terdapat laporan media yang cuba memutar belit kenyataannya untuk memberi gambaran seolah-olah baru sekarang beliau menyokong GST.
“Bukan sahaja ketika perbahasan bajet baru ini saya sebut tentang pelaksanaan GST yang lebih telus dan efisyen, malah ketika menjadi
menteri kewangan dahulu.
“Saya tak mengatakan saya bantah pada prinsip GST. Dalam ucapan belanjawan saya tegaskan dari sudut sistem pelaksanaannya itu lebih telus dan efisyen.
“Hentikan rasuah, kebocoran dan monopoli. Ini dulu perlu dihentikan. Kemudian usahakan taraf hidup rakyat. Lepas tu baru fikir pasal GST,” tegas Anwar lagi.
Menurutnya lagi, isu GST pernah dibangkitkan kerajaan sejak Tun Daim Zainuddin menjadi Menteri Kewangan pada 1980-an sebelum portfolio itu diambil alihnya.
Namun walaupun selepas beliau mengambilalih jawatan Menteri Kewangan, dalam keadaan kerajaan ketika itu mempunyai lebihan perbelanjaan untuk negara, pelaksanaan GST tidak dilaksanakannya.
Sehubungan itu, beliau berkata Pakatan Rakyat akan menjalankan kempen penerangan di seluruh negara bagi memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung pendirian Pakatan rakyat berhubung perkara itu.
Ini bagi mengelakkan salah faham yang diputarbelitkan oleh media dan blogger Umno-Barisan Nasional.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang pauh menegaskan pengurangan subsidi gula oleh kerajaan tidak akan
mengurangkan beban rakyat, sebaliknya hanya menguntungkan syarikat tertentu.
“Kali terakhir subsidi gula dipotong iaitu Mei 2011, keuntungan yang direkodkan syarikat gula melonjak naik sehingga 15 peratus, yang
sebelumnya sekitar sembilan peratus. Jadi, jika mahu dikatakan pemindahan subsidi itu mengurangkan beban rakyat, ia tidak benar,”
tegas