Tiada yang mustahil dalam politik Malaysia.
Terdapat desas desus dan dakwaan sesetengah pihak MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan meletak jawatan bagi memberi laluan Datuk Seri Anwar menjadi MB Selangor.
Alasan Khalid berbuat demikian masih samar-samar. Namun berkemungkinan tidak berlaku rundingan dalaman untuk menjamin Anwar menjadi MB seperti yang didakwa oleh banyak pemerhati politik.
Sesetengah pemerhati mendakwa terdapat pertukaran jawatan sedang dirundingi sejak beberapa minggu lalu. Di mana Anwar akan menjadi MB dan sebagai ganti Ketua Umum PKR itu akan menyokong Khalid untuk menjadi Timbalan Presiden PKR.Bagaimanapun kebarangkalianrundingan seumpama itu tidak berjaya adalah tinggi kerana jawatan MB lebih berharga daripada jawatan dalam parti.
Sehingga penamaan Selasa depan calon politik Selangor masih tergandung. Kebarangkalian Anwar dipenjarakan semula selepas proses Mahkamah Rayuan didakwa mungkin menjadi sebab Khalid tidak akan melepaskan jawatan MB