IPOH: Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (DACS) Malaysia melalui produk baharunya iaitu Alternative Cycling Club (ACC) akan menganjurkan program “Kayuhan Amal” bersempena dengan Hari Pekerja.
Dan dalam masa yang sama ianya akan turut melancarkan kelab baharunya itu tersebut iaitu pada 10 Mei ini hari Ahad bermula di Bandar Seri Botani, Ipoh yang dijangka meriah dengan penyertaan dari individu dan juga kelab-kelab berbasikal di seluruh Negeri Perak.
Pengarah DACS Malaysia Salman Haji Saleh berkata, program ini bertujuan untuk menggerakan anak muda bersama-sama dengan ACC sebagai satu badan yang memberikan fokus kepada peminat basikal dalam Negara kita.
Selain daripada itu, tujuan program ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan sumbangan bagi mangsa banjir khasnya di Negeri Kelantan yang masih memerlukan bantuan kewangan bagi membina rumah-rumah mangsa banjir di sana.
“Cabutan bertuah akan menanti semua peserta dan ianya terbuka kepada semua jenis basikal,” ujar Salman dan turut memaklumkan bahawa penyediaan makan khas kepada semua peserta pada hari tersebut dimana program ini dianjurkan dengan kerjasama DACS Negeri Perak.
“Setiap peserta perlu memakai topi keselamatan dan ianya percuma kerana tiada bayaran dikenakan kepada peserta bagi menyertai kayuhan berbasikal ini yang akan bermula pada jam 8.00 pagi sejauh 25 kilometer.
Penganjur akan menggunakan laluan jalan Bandar Seri Botani ke jalan Batu Gajah menuju ke Kellies Castle dan menuju kembali ke Bandar Seri Botani melalui jalan Simpang Pulai.
Untuk maklumat lanjut mengenainya, sila hubungi Faidz menerusi talian 013-3464653 atau Shamsul menerusi talian 013-4077171