KUALA LUMPUR: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memperkenan mengadap Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi membincangkan sukan tanahair iaitu bolasepak.
Pertemuan yang diadakan di Shahzan House tersebut berjalan mesra hampir sejam bagi membincangkan peranan semua pihak terhadap pembangunan bolasepak di dalam negara. Selain itu, DACS merakamkan sembah tahniah kepada Tengku Abdullah yang telah dilantik sebagai Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Bolasepak Dunia (FIFA) baru-baru ini.
Rombongan DACS di ketuai oleh Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss yang juga Exco Pemuda PAS Malaysia dan bersama Salman Haji Saleh, Pengarah DACS serta beberapa Ahli Jawatankuasanya. Di akhir pertemuan tersebut, Tengku Abdullah menunjukkan koleksi-koleksi gambar di sana dan mengadakan sesi bergambar dengan bertukar-tukar cenderamata.