Menang dan kalah
Memang lah adat dalam setiap pertandingan akan ada pihak yang menang dan kalah
Kata Dr Mahathir ketika di tentang oleh Ku Li dalam pertandingan merebut kerusi Presiden Umno pada 1987 beliau berkata walaupun 1 undi tetap beliau yang menang.
Maka dalam muktamar PAS yang baru selesai isu yang paling sesansi adalah Usul daripada DUPP yang di bawa perwakilan DUPP iaitu tersangat hendak memutuskan hubungan langsung dengan parti monopoli orang Cina DAP
Ini berlaku sebagai tindakbalas oleh kenyataan Lim Guang Eng yang memutuskan hubungan DAP dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum muktamar berlangsung
Maka dalam muktamar penuh PAS di terimalah usul tersebut dengan janji akan di semak oleh Majlis Syura sebuah badan tertinggi PAS yang menyerupai Vilayatul Faqih di Iran
Mantan pimpinan PAS yang gagal mempertahankan jawatan
Kini pelbagai andaian dan tekaan adakah mantan2 pimpinan PAS yang juga termasuk ahli-ahli parlimen akan mengadakan satu susulan samada kekal jadi ahli biasa PAS atau bergabung dengan mana2 pihak yang sama dalam Pakatan Rakyat
Melalui media alternatif samada cetak atau media baru hangat diperkatakan hasrat NGO PASMA samada akan memutuskan untuk menubuhkan sebuah parti menggunakan PASMA kerana dengan hajat ingin mengantikan PAS yang di kira bakal meninggalkan PAS dalam sedikit masa lagi daripada cawangan kawasan hingga negeri kencang bertiup hal ini. Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku nanti.
Nasib PAS dalam PR
Sejarah lalu PAS di tendang keluar daripada Barisan Nasional kerana beberapa faktor di zaman Tun Hussien Onn.
PAS menyertai BN pada era Tun Abdul Razak Hussien bapa Najib
Terkini adakah dengan usul muktamar PAS menyatakan putus hubungan dengan DAP tetapi bukan keluar daripada PR
Bermacam komen oleh pemerhati dan penganalisa politik
Ada yang rasa tidak munasabah dan tidak matang keputusan sebegitu
Ada yang kata padan muka DAP
Ada yang tersangat sedih dengan perkembangan itu yang dilihat sebagai langkah terkebelakang dan seolah pintu rundingan di tutup rapat
HUDUD sokongan Umno sangat memikat hati PAS
Gara-gara wakil rakyat Umno dalam Dun Kelantan menyokong dengan sebulat suara dan juga dengan titisan air mata kepada pembentangan kali ke dua Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan II maka sekonyong-konyong geger riuh rendah bahawa Umno sudah insaf dan sedar ingin kembali kepada Islam.
Namun hingga ke saat ini isu Hudud hendak di bawa ke parlimen masih terawangan awangan
Tambahan pulak ada nada di sangkakan PAS hendak berbaik dengan Umno kerana mahu menjayakan hasrat melaksanakan hukum Hudud di Kelantan melalui kelulusan usul di parlimen nanti
Tunggu dan lihat lah kerana masih terlalu awal lagi.