KEANYATAAN MEDIA: PAS Kawasan Kuala Kangsar sedih dengan kenyataan seorang menteri yang menjaga Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia khasnya tentang budaya rakyat Malaysia hilangnya identiti budaya Melayu dan dalam masa yang sama beliau juga seorang yang Berbangsa Melayu.
Budaya Melayu yang juga tidak boleh dipisahkan dengan Institusi DiRaja telah tercalar berikutan ungkapan budaya yang bertentangan dengan kesopanan dan kehormatan Institusi DiRaja di Malaysia berikutan kenyataan Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz terhadap Tengku Mahkota Johor Brigadier General Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini sebagai ‘kurang sopan’ dan ‘menarik’ Institusi DiRaja berada di pentas politik kepartian.
Kita di Negeri Perak yang sinonim dengan Institusi DiRaja yang baru selesai Majlis Pertabalan Seri Paduka Sultan Perak baru-baru ini telah memberikan persepsi buruk berikutan Dato’ Seri Nazri yang berasal dari Perak yang juga Ahli Parlimen Kawasan Padang Rengas sebagai satu penghinaan.
Serangan terhadap Institusi DiRaja dengan kenyataan sepertimana yang dilontarkan oleh Dato’ Seri Nazri melepasi batasan yang jelas tidak harmoni yang merosakkan nama baik Institusi DiRaja sama sekali. Bagi seluruh rakyat, kita nantikan siasatan pihak Polis di dalam perkara ini sama ada ianya berbaur hasutan atau sebaliknya.
Kepada sahabat saya, Dato’ Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak agar menegur perilaku kurang sopan Dato’ Seri Nazri yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas. Ianya agar kepimpinan UMNO Bahagian di Perak khasnya tidak bertindak sedemikian rupa di masa yang akan datang.
Kita juga tertunggu kenyataan rasmi Dato’ Seri Zambry di dalam isu ini kerana ianya berkaitan Institusi DiRaja dan membabitkan seorang Ketua UMNO Bahagian di Perak yang di bawah tanggungjawab Dato’ Seri Zambry. Kami nasihatkan agar Dato’ Seri Zambry perlu berani dan jangan lari daripada masalah yang ada di depan beliau sekarang ini.
DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Yang DiPertua,
PAS Kawasan Kuala Kangsar.