Kementerian Kewangan masih gagal untuk menyerahkan beberapa dokumen yang diperlukan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam usaha menyiasat syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kata, Tony Pua hari ini.
Anggota PAC itu berkata, ekoran kegagalan Kementerian Kewangan berbuat demikian ia membangkitkan persoalan adakah berpunca daripada arahan atasan untuk tidak menyerahkan dokumen tersebut.
“Banyak dokumen yang diminta PAC daripada Kementerian Kewangan masih belum diserahkan walaupun kita kerap kali adakan setiap mesyuarat dan memperingatkan wakil Kementerian Kewangan yang hadir.
“Kami kami buat penemuan dengan Kementerian Kewangan sejak April dan sampai hari ini satu dokumen tidak sampai kepada pihak PAC,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini